Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa depan Mbappe di PSG masih jadi tanda tanya

Jan 05, 2024 | 03:47 PM



PARIS: Penyerang Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata beliau belum membuat keputusan mengenai masa depannya.


Pemain berusia 25 tahun itu, yang juga kapten Perancis, mempunyai kontrak bersama juara Ligue 1 itu yang akan berakhir pada musim panas ini dan beliau telah dikaitkan dengan pemindahan ke Real Madrid.

Mbappe memberitahu PSG pada Jun bahawa beliau tidak akan mengambil pilihan melanjutkan kontraknya selama 12 bulan.

Bercakap selepas menjaringkan gol bagi PSG dalam kemenangan 2-0 ke atas Toulouse untuk meraih Piala Juara Perancis, Mbappe berkata:

“Pertama sekali, saya amat bermotivasi untuk tahun ini dan itu sangat penting.

“Mengenai masa depan saya, saya belum buat keputusan. Tetapi dalam apa jua keadaan, berdasarkan perjanjian yang saya telah buat dengan pengerusi (Nasser Al-Khelaifi) baru-baru ini, keputusan yang saya ambil nanti tidak akan menimbulkan masalah.”

Mbappe menyertai PSG pada 2017, pada mulanya secara pinjaman daripada Monaco dan kemudian berpindah ke PSG pada harga 180 juta euro ($262 juta).

Beliau seharusnya meninggalkan kelab itu secara percuma pada akhir musim 2021-22, namun akhirnya menandatangani kontrak baru selama dua tahun bersama PSG, dengan pilihan memperbaharui kontraknya setahun lagi.

Sebelum ini, Mbappe menolak tawaran berpindah ke Real Madrid pada Mei 2022 ketika beliau menandatangani kontraknya bersama PSG.

Namun demi masa depan, beliau kini mungkin tidak akan menunda hingga detik akhir untuk membuat keputusan.

Mbappe berkata: “Jika saya tahu apa yang saya mahu lakukan, tiada alasan untuk saya menundanya. Ia hanya tidak masuk akal.”

Sementara itu, pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, telah mengatakan bahawa pemain seperti Mbappe berada di luar kemampuan kelab Catalan itu di sebabkan keadaan kewangan mereka.

“Malangnya, kami berada dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik.

“Saya harus berusaha bersama pemain yang kami ada sekarang, dan bersama mereka, kami harus berusaha mencapai kemenangan,” ujar Xavi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >