Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Saya masih perlu buktikan diri di Barca’: Gundogan

Jul 18, 2023 | 1:28 PM
SELESA DI KELAB BARU: (Dari kiri) Pemain midfield asal Jerman, Ilkay Gundogan, bersama anak dan isterinya, Sara Arfaoui, bergambar semasa sesi perkenalan di pusat latihan Barcelona di Sant Joan Despi.
SELESA DI KELAB BARU: (Dari kiri) Pemain midfield asal Jerman, Ilkay Gundogan, bersama anak dan isterinya, Sara Arfaoui, bergambar semasa sesi perkenalan di pusat latihan Barcelona di Sant Joan Despi. - Foto AFP

Pemain baru Barcelona, Ilkay Gundogan, berkata beliau masih perlu membuktikan dirinya setelah pemindahan beliau dari Manchester City diumumkan secara rasmi oleh kelab Catalan tersebut.

Pemain midfield Jerman berusia 32 tahun itu merupakan kapten City musim lalu, dan memimpin kelab tersebut menjadi juara tiga pertandingan – Liga Perdana England, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau telah mengikat kontrak dua tahun dengan Barcelona menerusi pemindahan percuma.

“Meskipun saya lebih berusia, saya bersedia untuk menyahut cabaran ini dan membuktikan diri saya,” kata Gundogan.

Gundogan diumumkan secara rasmi dalam satu sesi perkenalan di kemudahan latihan Barcelona pada Isnin. Beliau akan bermain di bawah bimbingan jurulatih Xavi. Xavi sendiri merupakan anak didik Pep Guardiola semasa jurulatih itu memimpin Barcelona dari 2008 hingga 2012.

“Corak permainan Barca agak sama dengan City.

“Ada banyak persamaan antara Guardiola dan Xavi. Saya rasa selesa dengan Xavi kali pertama saya berbual dengan beliau. Jadi saya pasti Barcelona adalah pasukan sesuai buat saya.

“Kami akan cuba memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara. Ia adalah satu penghormatan dan tanggungjawab untuk menyarung jersi Barca dan saya akan memberikan segala-galanya buat pasukan ini,” ujar beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg