Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

United bayar Onana £47j, tekad bayar lebih rendah bagi dapatkan Hojlund

Jul 19, 2023 | 4:30 PM
PENJAGA GAWANG BARU: Onana kini perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dengan pemergian David De Gea, penjaga gawang nombor satu United sejak 12 musim lalu.
PENJAGA GAWANG BARU: Onana kini perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dengan pemergian David De Gea, penjaga gawang nombor satu United sejak 12 musim lalu. - Foto AFP

LONDON: Manchester United telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penjaga gawang Inter Milan, Andre Onana, dengan bayaran £47.2 juta ($81.1 juta).

Kelab Old Trafford itu akan membuat bayaran pendahuluan sejumlah £43.8 juta, dengan selebihnya bergantung kepada persembahan pemain asal Cameroon itu.

Eric ten Hag berharap Onana dapat menyertai skuad United di Amerika Syarikat untuk perlawanan pramusim, dan sedang membuat permohonan visa perjalanan bagi pemain berusia 27 tahun itu.

Ten Hag pernah menjadi jurulatih Onana semasa kededua mereka di kelab Belanda, Ajax Amsterdam. Kededua pemain dan jurulatih akan bekerjasama sekali lagi, dengan Onana mengikat kontrak lima tahun, dengan pilihan untuk satu tahun tambahan.

Keputusan Ten Hag untuk mendapatkan seorang lagi penjaga gawang merupakan antara sebab mengapa penjaga gawang nombor satu United sebelum ini, David De Gea, menolak tawaran kontrak baru dari United.

De Gea merupakan penjaga gawang nombor satu United selama 12 tahun, dan membuat 545 penampilan serta memegang rekod 190 ‘clean sheet’.

Dalam pada itu, Onana pula mewakili Ajax selama hampir lapan tahun sebelum berpindah ke Inter pada 2022.

Inter mengakhiri musim di tempat ketiga, selain berjaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, di mana Inter tewas di tangan Manchester City.

Sementara itu, United berkata kelab tersebut tidak akan membayar lebih daripada sepatutnya untuk penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund.

Meski akur penyerang itu merupakan keutamaan bagi United, namun sumber-sumber dalaman kelab Old Trafford itu berkata tafsiran kelab Italy itu, yang menuntut £60.2 juta bagi penyerang tersebut, jauh daripada apa yang mahu dibayar United.

Hojlund menyertai Atalanta pada Ogos 2022 dan menjaringkan 10 gol dalam 34 perlawanan. Beliau membuat penampilan pertama untuk Denmark pada September 2022 dan telah menjaringkan enam gol dan enam perlawanan kelayakkan Euro 2024. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg