Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Masa tidak sebelahi Singa Muda tingkat prestasi

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SEKALI lagi Singapura tersungkur dalam kejohanan peringkat usia.



Kali ini, dalam Piala Merlion, di laman sendiri dan dalam pertandingan yang dianjurkan sendiri - oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Piala itu diadakan untuk mempersiap pasukan Bawah 22 Tahun Singapura bagi Sukan SEA di Kemboja pada Mei.



Awal minggu lalu, terdapat harapan tinggi untuk skuad Singa Muda menggunakan kejohanan itu sebagai "batu loncatan" menjelang Sukan SEA. Singapura juga ialah juara bertahan Piala Merlion 2019.



Bagaimanapun, "loncatan" yang dijangkakan itu tidak muncul-muncul. Sebaliknya, apa yang disaksikan adalah prestasi yang dibawah jangkaan dan mengecewakan.



Singapura menamatkan saingan empat penjuru itu di tangga corot selepas tewas 1-2 kepada lawan yang dianggap pasukan kerdil dalam bola sepak serantau, Kemboja.



Jiran terdekat, Malaysia pula dinobat juara edisi kali ini selepas mengalahkan Hong Kong 2-1 dalam perlawanan akhir.



Kekecewaan Singa Muda di Stadium Jalan Besar itu bak menekankan lagi tanggapan bahawa bola sepak Singapura sudah "tertinggal bas" dari sudut pembangunan sejak beberapa tahun ini dan kini mutu bola sepak setempat jauh ketinggalan di belakang negara-negara jirannya.



Jurulatih Bawah 22 Tahun Singapura, Philippe Aw, dalam sidang media selepas kekalahan kepada Kemboja pada Ahad, mengakui perkara itu.



"Ia bukanlah rahsia kami bergelut dalam pertandingan peringkat usia untuk sekian lama ketika negara lain telah bertambah baik. Sukan SEA bukanlah satu tugasan yang mudah dan kami perlu bersikap realistik dan menguruskan jangkaan," kata Aw, yang juga jurulatih kelab pembangunan dalam Liga Perdana Singapura (SPL), Young Lions.



Sasaran apa yang realistik? Apa lagi jangkaan yang harus peminat ada terhadap pasukan negara?



Aw, sebelumnya, juga telah menyeru penyokong bola sepak tempatan untuk bersabar sedang usaha untuk membangunkan bola sepak Singapura seperti projek Unleash The Roar! baru sahaja mula berkuat kuasa. Tempoh kesabaran yang diminta adalah 10 tahun.



Tetapi, sebelum menantikan hasilnya sedekad kemudian, apa yang sedang dilakukan untuk membantu skuad Bawah 22 Tahun kita pada masa ini?



Pada pandangan saya, waktu yang mencukupi harus diberikan untuk mempersiapkan para pemain.



Menurut Aw, Singapura hanya mempunyai tiga hari untuk berlatih bersama sebelum Piala Merlion, yang diadakan di tengah-tengah musim SPL kini.



Skuadnya terdiri daripada 19 pemain Young Lions dan sembilan daripada kelab SPL yang lain - Lion City Sailors (3), Albirex Niigata dan Tampines Rovers (2 setiap kelab); serta Hougang United dan Tanjong Pagar United (1 setiap kelab).



Sementara itu, pasukan Kemboja telah menjalani kem latihan selama 17 hari sejak lewat Februari di Thailand sebelum beraksi di kota Singa.



Hasil latihan mereka sepasukan terbukti di atas padang dalam Piala Merlion.



Permainan Kemboja lebih teratur dan lancar. Pemainnya kelihatan serasi memahami gerak-geri satu sama lain.



Pasukan tuan rumah sebaliknya hambar. Benteng pertahanannya mudah goyang akibat kurang komunikasi dan serangan yang disusun tidaklah begitu berkesan.



Menyusuli piala itu dan kurang sebelum Sukan SEA, pemain Bawah 22 Tahun Singapura dijangka kembali pada kelab SPL masing-masing.



Young Lions sendiri mempunyai empat perlawanan liga untuk dimainkan sehingga 15 April. Bola sepak dalam Sukan SEA dijadual berlangsung pada 29 April.



Ini bermakna Aw dan skuad Singa Muda hanya memiliki dua minggu bersama untuk membuat persediaan bagi temasya sukan tersebut.



Memandangkan prestasi skuad Singa Muda, apakah kita yakin masa yang diberikan itu cukup untuk menyelesaikan kekurangan pasukan atau memang sahaja mensabotaj peluang kita di Sukan SEA nanti?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >