Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Neymar sertai kelab Liga Saudi, Al-Hilal dari PSG

Aug 16, 2023 | 11:42 AM



LONDON: Penyerang Brazil, Neymar, telah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal dari pasukan juara liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).


Perjanjian untuk bekas pemain Barcelona berusia 31 tahun itu difahamkan bernilai sekitar 90 juta euro ($133 juta) dengan bayaran tambahan.

“Saya telah meraih banyak kejayaan di Eropah dan menikmati detik istimewa, tetapi saya sentiasa menjadi pemain sejagat dan menguji diri saya dengan cabaran baru dan peluang di tempat baru,” kata beliau.

Neymar tidak menjadi sebahagian rancangan jurulatih PSG Luis Enrique bagi musim baru.

Penyerang itu, yang menyertai PSG untuk yuran perpindahan rekod dunia £200 juta ($345 juta) pada 2017, tidak disertakan dalam skuad yang seri menentang Lorient dalam aksi Ligue 1 pada Sabtu.

Pengundurannya juga sesuai dengan strategi PSG yang bergerak keluar daripada era ‘Galacticos’ yang menandatangani pemain berprofil tinggi untuk harga yuran dan gaji mewah, dengan Lionel Messi turut meninggalkan kelab pada musim panas ini.

“Saya mahu menulis sejarah sukan baru, dan Liga Pro Saudi mempunyai tenaga yang hebat dan pemain bermutu pada masa ini,” tambah Neymar.

“Saya juga telah banyak mendengar dan mempelajari bahawa saya mengikuti jejak ramai pemain Brazil yang telah bermain di Arab Saudi selama ini, jadi saya percaya ia adalah tempat yang diinginkan.”

Difahamkan, penyerang itu memperoleh pendapatan tahunan dalam lingkungan 25 juta euro di PSG.

Beliau dilaporkan akan dibayar 150 juta euro setahun di Arab Saudi – enam kali jumlah yang diperoleh di PSG – setelah menandatangani kontrak selama dua tahun.

Pengerusi Al-Hilal, Fahad bin Saad, menyifatkan Neymar sebagai “ikon sejagat” dan “kuasa serangan yang tidak boleh dihentikan” ketika menyambut ketibaannya ke kelab itu.

Warga Brazil itu telah membuat 173 penampilan untuk PSG, membantu kelab itu menang 13 trofi, termasuk lima gelaran Ligue 1, serta mencapai final Liga Juara-Juara 2020.

“Ia sentiasa sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang pemain yang hebat seperti Neymar, salah seorang pemain terbaik di dunia,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif PSG, Nasser Al-Khelaifi.

“Saya tidak akan melupakan hari ketibaannya di Paris St-Germain, dan apa yang telah beliau sumbangkan kepada kelab kami dan projek kami sepanjang enam tahun lalu.”

Pemergian Neymar muncul dua hari selepas pemain PSG Kylian Mbappe dimasukkan semula dalam latihan pasukan utama berikutan perbincangan positif dengan kelab tersebut.

Penyerang Perancis berusia 24 tahun itu melihat perbincangan mengenai kontraknya menemui jalan buntu di tengah-tengah keinginannya untuk menyertai Real Madrid.

Tetapi kini, beliau mungkin melanjutkan kontraknya di PSG, dengan perjanjian semasanya dijangka tamat pada musim panas depan.

Mbappe tidak disertakan dalam skuad menentang Lorient dan menonton perlawanan dari tempat duduk penonton.

Bulan lalu, PSG memberi Al-Hilal keizinan untuk berbual dengan Mbappe selepas kelab Saudi itu membuat bida rekod dunia bernilai  £259 juta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >