Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Max Verstappen hampir pasti rangkul takhta kejohanan F1

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Max Verstappen kelihatan hampir pasti merangkul takhta kejohanan pemandu Formula Satu (F1) dalam beberapa perlumbaan seterusnya, dengan peluang pertamanya muncul di Grand Prix Singapura sekiranya beliau menang dan pencabar kejuaraan, Charles Leclerc dan Sergio Perez tidak memungut mata tinggi.



Verstappen sejauh ini menang 11 perlumbaan musim ini, termasuk lima perlumbaan sebelumnya berturut-turut, dan hanya memerlukan tiga lagi kemenangan daripada baki enam perlumbaan untuk memecah rekod kemenangan terbanyak dalam semusim. Rekod itu buat masa ini dipegang Michael Schumacher (2004) dan Sebastian Vettel (2013).



Dengan kereta RB18 Verstappen tampak memiliki kelebihan yang jelas dengan ciri-ciri degradasi tayarnya, berkemungkinan pemandu Belanda itu dapat melengkapkan kempen tanpa dikalahkan lagi.



F1 membuat lawatan sulungnya ke Singapura sejak 2019 minggu depan, sebelum membuat perjalanan pertamanya pasca pandemik ke Suzuka, kemudian berlumba di Litar Americas, Mexico City, Interlagos dan Litar Marina Yas di Abu Dhabi.



Lewis Hamilton, yang memburu kemenangan F1 pertamanya musim ini, sudah mengakui bahawa Mercedes memerlukan tuah untuk mengatasi kelebihan kelajuan Red Bull buat masa ini.



"Kita harus bersikap realistik, bahawa Red Bull hampir seperti sukar dikalahkan," kata pemandu Mercedes itu selepas Grand Prix Italy.



"Kami perlu beraksi cemerlang untuk menewaskan kereta itu. Dari segi persembahan, mereka mendahului semua orang.



"Kami belum mencapai tahap mereka, kami tidak mempunyai peningkatan yang akan datang untuk memintas mereka. Dan jadi nasib perlu memihak kepada kami."



Ketua pasukan Red Bull Christian Horner lebih berhati-hati tentang peluang pasukannya, sebab beliau menganggap kepelbagaian trek yang berbeza dalam baki kalendar akan menyukarkan - tetapi tidak mustahil.



Ditanya Motorsport.com mengenai potensi memenangi semua baki perlumbaan dalam kempen, Horner berkata: "Itu adalah permintaan yang tinggi dan terdapat beberapa perbezaan pada kepelbagaian litar.



"Singapura berbanding Monza, ia mempunyai penjuru terbanyak dalam kalendar. Litarnya tidak rata, ia adalah trek jalanan, jadi ia memberi cabaran yang jauh berbeza.



"Kami berada dalam kedudukan hebat dalam kejuaraan. Tapi, kami akan menyerang dalam setiap perlumbaan dan membuat yang terbaik, kemudian mata dapat berjaya diraih.



"Tapi, kami memandu laju di Spa, Zandvoort, Monza dan bahkan Budapest. Jadi, mengenai kepelbagaian litar, kereta itu beraksi dengan sangat baik."



Kelebihan kelajuan garis lurus Red Bull tidak akan memberikan kelebihan dalam masa pusingan di Singapura, di mana kedua-dua Ferrari dan Mercedes lebih yakin tentang peluang mereka.



Horner menganggap bahawa, secara teori, ia mungkin cabaran yang paling sukar daripada semua baki grand prix. "Saya boleh katakan ia sepatutnya menjadi salah satu perlumbaan yang lebih sukar," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >