Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH MAP

MCCY tak terlibat tahan hadiah Joseph Schooling, Amanda Lim

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata ia tiada kaitan dengan keputusan menahan wang hadiah Sukan SEA Joseph Schooling dan Amanda Lim.



Kenyataan itu dibuat MCCY kelmarin, sehari selepas Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), yang mengendalikan Anugerah MAP, mengesahkan dua perenang negara itu - yang mengaku mengambil ganja - perlu tunggu sebelum boleh menerima hadiah wang mereka.



Map, satu inisiatif SNOC, ialah Program Anugerah Temasya Sukan Utama yang memberi ganjaran wang bagi kemenangan dalam Sukan Olimpik, Asia, Komanwel dan SEA dan ditaja oleh Lembaga Tote.



Rabu lalu, SNOC mengadakan majlis Penyampaian Anugerah Map dan Jamuan Malam Penghargaan Team Singapore bagi atlet yang bertanding dalam Sukan SEA Hanoi 2021 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.



Schooling, 27 tahun, menang dua pingat emas dan satu gangsa di Vietnam, manakala Lim, 29 tahun, meraih satu emas dan satu perak. Kedua-dua atlet, yang masing-masing harus menerima $13,750 dan $3,750, tidak hadir di majlis di Timbre+ Eastside @ Expo itu.



The Straits Times melaporkan seorang jurucakap MCCY berkata: "Baik MCCY mahupun Sport Singapore tidak terlibat dalam semakan atau penahanan anugerah MAP bagi Joseph Schooling dan Amanda Lim."



Jurucakap itu menambah bahawa MAP adalah skim anugerah privet yang diurus dan ditadbir oleh SNOC.



Menjawab pertanyaan mengenai keputusan itu, jurucakap SNOC kelmarin berkata: "Kami dalam proses mengumpul dapatan yang diperlukan bagi memastikan proses adil untuk atlet terbabit.



"Sebagai sebahagian komitmen seorang atlet temasya sukan utama, mereka diwajibkan mematuhi tatakelakuan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian keahlian pasukan. Ini termasuk tempoh di luar tempoh temasya sukan.



"Hadiah wang mereka ditangguhkan sementara menunggu dapatan proses itu. Keputusan buat masa ini belum dimuktamadkan."



Dua minggu lalu, media di sini melaporkan pasangan perenang itu disiasat oleh Biro Narkotik Pusat atas berhubung perbuatan mengambil ganja.



Kedua-dua Schooling dan Lim diuji negatif bagi dadah terkawal dan telah memohon maaf atas kesilapan mereka.



Namun, Schooling, seorang bekas juara Olimpik, mengaku mengambil ganja ketika di Vietnam bagi Sukan SEA pada Mei.



Kesnya diserahkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) kerana beliau sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan kejadian itu berlaku semasa beliau dibenarkan masa untuk berlatih dan bertanding bagi Sukan SEA.



Lim pula diberi amaran keras oleh CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



SNOC berkata ia akan membentuk sebuah jawatankuasa disiplin untuk meneliti kes mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >