Ingin memenangi hadiah khas Liverpool yang ditandatangani oleh legenda Liverpool, John Arne Riise?
Sertai peraduan di laman Instagram Berita Harian (BH).
Seorang peserta yang meraih jumlah ‘like’ tertinggi bagi komen mereka akan dipilih sebagai pemenang peraduan ini.
Berikut cara menyertai peraduan:
(1) ‘Follow’ profil Instagram @beritahariansg.
(2) Kongsi di ruang komen mengapa anda layak memenanginya.
Sekiranya anda menang, pasukan Berita Harian akan hubungi anda.
SYARAT RASMI
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat di bawah (“T&Cs”).
Penerangan Peraduan: Peraduan hadiah Liverpool ditandatangani John Arne Riise anjuran Berita Harian (BH) berlangsung dari 23 Mei 2025 hingga 28 Mei 2025. Semasa tempoh peraduan, peserta perlu komen mengapa mereka layak memenangi hadiah itu dan kongsi di ruang komen mengapa anda layak memenanginya.
Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang mempunyai jumlah ‘like’ tertinggi.
Kelayakan: Peraduan terbuka hanya kepada mereka yang menetap di Singapura. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada masa penyertaan, dan memiliki akaun Instagram peribadi. Kakitangan SPH Media Limited dan syarikat berkaitannya (“Kumpulan SPH”) dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak mengambil bahagian. Hanya satu penyertaan akan dipertimbang untuk setiap peserta.
Hak Cipta: Semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam dan kepada bahan yang diserahkan hendaklah terletak hak sepenuhnya dan mutlak pada SPH Media Limited tanpa pampasan selanjutnya. Setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang, setiap peserta dengan ini mengetepikan hak moralnya dalam dan kepada semua bahan tersebut yang memihak kepada SPH Media Limited. BH berhak untuk menggunakan mana-mana cerita peraduan di akhbar penerbitan kami, laman web dan saluran media sosial serta lain-lain platform yang dimiliki atau dikendalikan oleh SPH Media sebaik sahaja cerita telah dihantar ke peraduan melalui ruang komen di pos ‘Menang topi dan skarf yang ditandatangani oleh legenda Liverpool, John Arne Riise’ di Instagram BH.
Pemenang dikehendaki mematuhi terma dan syarat tambahan penaja hadiah tersebut. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik, ditukar atau ditebus dengan wang tunai.
BH berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menarik balik, menambah atau mengubah mana-mana hadiah yang ditawarkan tanpa memberitahu peserta.
Pemilihan pemenang, pemberitahuan dan kutipan hadiah: BH akan menghubungi pemenang melalui pesanan langsung Instagram (‘Direct Message’). E-mel pengesahan akan dihantar kepada pemenang seterusnya, dengan disertakan borang pengakuan dan kebenaran. Jika pemenang membenarkan orang lain mengambil hadiah bagi pihak mereka, mereka perlu mengisi borang kebenaran. Pemenang perlu mengemukakan e-mel pengesahan/NRIC kepada di pejabat SPH dan menandatangani Borang Pengakuan sebelum mereka boleh menerima hadiah mereka.
Urusan lain: Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau lain-lain yang dikaitkan dengan Instagram, Inc. Peserta mesti memahami bahawa mereka memberikan maklumat mereka kepada BH dan bukan kepada Instagram. BH berhak untuk mengubah suai peraduan atau mana-mana tarikh atau tarikh akhir yang ditetapkan dalam peraturan rasmi ini atau sebaliknya mengawal peraduan.
Baca terma dan syarat lain: https://www.sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/
Semoga Berjaya!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg