Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Menang tapi tugas Liverpool belum selesai

Klopp gesa pasukan usah terlalu yakin jelang pertemuan kedua di Sepanyol
Apr 29, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurulatih Liverpool, Juergen Klopp, menggesa anak buahnya agar terus berwaspada setelah menang 2-0 ke atas Villarreal pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara kelmarin sambil menegaskan keputusan itu boleh memberi gambaran yang salah.



Liverpool menguasai sejak awal perlawanan di Anfield sebelum dua gol pada babak kedua meletakkan 'satu kaki' ke final kejohanan elit Eropah itu buat kali ketiga dalam lima musim.



Bagaimanapun, Klopp yang menyaksikan pasukannya menjaringkan 15 gol dan gawang dibolosi tiga kali, menegaskan tugas mereka belum selesai.



"2-0 dalam agregat tetapi ini hanya baru separuh masa pertama... tidak lebih dan tidak kurang. Tugas kami belum berakhir.



"Contoh paling baik adalah anda bermain satu perlawanan dan mendahului 2-0 di separuh masa pertama. Jadi, anda perlu berwaspada sepenuhnya untuk babak kedua dan kekalkan fokus 100 peratus.



"Kami bertandang ke sana untuk perlawanan kedua dalam suasana mencabar, sudah pasti berbeza berbanding malam ini. Pemain mereka berjuang untuk hidup, untuk jurulatih mereka," ujar pengurus asal Jerman itu.



Sadio Mane, yang menjaringkan gol kedua sekitar lebih dua minit susuli gol sendiri lawan memberikan Liverpool kelebihan selesa, meneruskan prestasi cemerlang beliau apabila menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejohanan.



Ia adalah jaringan ke-14 Mane di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan menyamai rekod jaringan terbanyak oleh pemain Afrika yang dicatatkan bekas bintang Chelsea, Didier Drogba.



Sejak kempen pertamanya pada 2017-18, hanya Karim Benzema - dengan 16 gol di peringkat kalah mati - mempunyai pencapaian lebih baik dari Mane.



"Beliau melalui musim yang hebat dan beliau memang pemain hebat. Mane adalah pemain kelas dunia dan sekali lagi bermain dengan baik malam ini," kata Klopp.



Selepas perlawanan penuh drama pada satu lagi aksi separuh akhir yang menyaksikan Manchester City menang 4-3 ke atas Real Madrid di Etihad Selasa lalu, perlawanan ini berbeza dengan Villarreal menghimpunkan pemainnya di barisan pertahanan.



"Kami cuba untuk menyerang, membuat hantaran dan menyusun pasukan tetapi mereka tidak membenarkan kami melakukan apa-apa dan pilihannya adalah bertahan supaya mampu berjuang pada aksi kedua nanti.



"Kami tidak cukup bagus dan perlu merendah diri serta tampil pada perlawanan kedua dengan aksi berbeza. Kami perlu bermain dengan tempo tinggi yang biasa dilakukan," kata bos Villarreal, Unai Emery. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >