Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Cedera halang atlet jujitsu Teh May Yong raih pingat bagi S'pura

Kalah dalam keempat-kempat perlawanan walau satu menang cukup untuk dapat gangsa
May 05, 2023 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Atlet jujitsu Singapura Teh May Yong memasuki Dewan B Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Khamis dengan hanya satu matlamat - memenangi perlawanan terakhirnya dalam acara Ne-waza GI Wanita Bawah 52 kilogram dan sekali gus pingat gangsa.



Bagaimanapun, malang tidak berbau dan matlamatnya tidak tercapai. Selepas bertemu lawan sukar dan tewas dalam ketiga-tiga pusingan pertamanya, Teh, 29 tahun, mengalami kecederaan buku lali pada pusingan keempat dan terakhirnya.



Justeru, beliau terpaksa menyerah kalah kepada wakil Vietnam, Dang Thi Huyen. Dengan itu, Teh menamatkan saingan di tempat terakhir daripada lima pesaing.



Beliau hanya perlu mencatat satu kemenangan untuk meraih sekurang-kurangnya gangsa. Meskipun sedikit kecewa, Teh memandang positif terhadap prestasinya.



"Sukan SEA tahun ini adalah mengenai meraih pengalaman yang baik. Saya dapat bersaing bersama atlet terbaik sukan ini, yang dalam kalangan mereka ada juara Sukan Asia," kata Teh kepada media Singapura selepas perlawanan terakhirnya.



Ini juga kali pertama beliau, yang terlepas bertanding dek dijangkiti Covid-19 sehari sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam, bagi Sukan SEA pada Mei 2022, menyertai acara lebih berat.



Ketika memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, Teh bertanding dalam acara Ne-waza Wanita Bawah 49 kilogram.



Teh juga satu-satunya pesaing yang mempunyai tali pinggang ungu, manakala yang lain tali pinggang hitam. Dalam sistem ranking jujitsu, tali pinggang hitam dua tangga lebih tinggi daripada ungu.



"Saya dianggap sebagai underdog (dianggap kurang mahir). Jadi, apa saja kemenangan sesuatu yang menakjubkan untuk saya," ujarnya.



Teh berharap kecederaannya tidak serius dan beliau dapat pulih dengan cepat sebelum memasuki gelanggang semula bagi acara Ne-waza No GI Wanita Bawah 52 kilogram pada 7 Mei.



Acara Ne-waza GI Wanita Bawah 52 kilogram dimenangi Kaila Napolis dari Filipina, manakala wakil Kemboja, yang juga juara Sukan Asia 2018, Jesse Khan, terpaksa berpuas hati dengan perak.



Dang serta warga Thailand Nachanat Singchalad mendapat pingat gangsa bersama.



Sementara itu, negara tuan rumah Kemboja meraih pingat emas pertamanya dalam temasya sukan ini pada Khamis menerusi acara seni jiujitsu duo lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >