Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Pertahanan S'pura perlu teguh lawan Vietnam

Vietnam dijangka asak kubu S'pura dari awal, tangkas atur serangan kilat
May 03, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak nasional bawah 22 tahun perlu memperkuat benteng pertahanan mereka, khususnya di ruang terbuka, apabila menentang juara bertahan Sukan SEA, Vietnam, pada Rabu.



Ini kerana Vietnam dijangka mengasak kubu pertahanan Singapura dari wisel permulaan, dipacu pemain sayap muda berpengalamannya yang lincah, Thanh Nhan Nguyen.



Beliau antara barisan pemain dalam skuad Vietnam yang pernah bermain dalam Piala Asia Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan elit di Asia seperti Iran, Iraq dan Australia.



Sungguhpun tidak menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 Vietnam semasa menentang Laos dalam perlawanan pertama mereka di Sukan SEA ini, Thanh bergerak dengan lincah di hadapan dan kerap mencari peluang bagi rakannya.



Selain itu, Vietnam tangkas dalam mengatur serangan kilat hasil persefahaman kukuh antara pemain sayap dan penyerang mereka. Semasa menentang Laos, misalnya, Vietnam menyumbatkan gol kedua pada minit terakhir perlawanan menyusuli gerakan serangan kilat pemain sayap kiri, Khuat Van Khang.



Mengulas mengenai perlawanan menentang Vietnam, jurulatih Singapura Philippe Aw berkata: "Perlawanan akan datang merupakan perlawanan mencabar dan kami sedia maklum mutu pemain dan pasukan Vietnam.



"Walaupun seberapa mungkin kami ingin menyerang, tumpuan ialah pada pertahanan. Dengan masa yang agak pendek untuk membuat perubahan dalam pasukan, saya tidak menjangka sebarang perubahan besar, tetapi kami akan menyukarkan pasukan Vietnam."



Pada perlawanan sebelum ini, apabila skuad Singa tewas 1-3 kepada Thailand, ruang terbuka tidak dikawal oleh pertahanan Singapura lantas memberi peluang kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol.



Gol pertama Thailand pada minit kelapan, misalnya, adalah akibat kecuaian bek pertahanan Kieran Teo dan Adam Reefdy di kotak penalti. Hantaran lintang pemain sayap Channarong Promsrikaew ditanduk Achitpol Keereerom di dalam kotak penalti sebelum ia disempurnakan oleh Teerasak Poeiphimai, yang tidak dikawal oleh mereka berdua.



Skuad kendalian Aw juga perlu memperhalusi hantaran pendek di bahagian midfield agar tidak kerap kehilangan bola dan memanfaatkan peluang 'set-piece' yang dihadiahkan kepada mereka.



Perkara sedemikian diakur Aw semasa sidang media menyusuli pertemuan dengan Thailand. Singapura mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang 'set-piece' dalam perlawanan itu tetapi tidak meraih sebarang manfaat.



"Sudah tentu kami perlu berusaha memperbaiki 'set-piece' kami kerana kami ada beberapa sepakan percuma," ujar Aw.



Beliau menambah bahawa pasukan Singa perlu berusaha "memberi hantaran lebih baik dan (atur) gerakan lebih baik" bagi memanfaatkan sebarang peluang yang ada dalam perlawanan menentang Vietnam.



Perlawanan kumpulan B antara Singapura dan Vietnam itu akan berlangsung pada Rabu di Stadium Visakha.



Perlawanan terakhir antara Singapura dengan Vietnam di Sukan SEA, pada Disember 2019, berkesudahan dengan kekalahan 0-1 bagi Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >