Menteri dan Anggota Parlimen (AP) turut serta dalam perlawanan pertunjukan bola sepak 7 sepasukan menentang pasukan yang terdiri daripada bekas pemain bola sepak kebangsaan antaranya termasuk Baihakki Khaizan dan Alexander Duric.

Kedua-dua pasukan turut disertai oleh dua pemain muda daripada CHIJ Sanctuary for Children (CHIJSC).

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada pertandingan bola sepak amal CHIJSC, Goals For Good 2026.

Acara tersebut diadakan pada 5 September di Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas.

Melalui acara itu, individu, keluarga, sekolah dan rakan kongsi korporat berkumpul untuk menikmati hari yang bermakna melalui sukan, semangat kemasyarakatan dan usaha memberi kembali kepada masyarakat.

Turut berbesar hati atas penganjuran acara tersebut adalah tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling.

“Goals for Good oleh CHIJSC mempamerkan bagaimana masyarakat dapat bersama-sama menyokong kanak-kanak dan keluarga kita,”

“Melalui usaha bersama, mereka menyediakan ruang yang selamat serta sokongan kepada kanak-kanak untuk mempelajari pelbagai kemahiran, membina keyakinan diri, serta meneroka dan membentuk identiti diri mereka sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada 5 September.

Tetamu terhormat acara pertandingan bola sepak amal anjuran CHIJ Sanctuary for Children-Goals For Good 2026, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling (lima dari kiri), merakamkan rasa terima kasihnya kepada pihak penganjur melalui hantaran Facebooknya. (Dari kiri) Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Fadli Fawzi ; AP GRC Bishan-Toa Payoh Cik Elysa Chen; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Encik Alvin Tan;  AP GRC Sengkang, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik; AP GRC Bishan-Toa Payoh Encik Cai Yinzhou; Menteri Pengangkutan Encik Jeffrey Siow; Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng; dan AP GRC Jurong, Encik Lee Hong Chuang hadir menyokong usaha murni CHIJSC dalam memperkasakan kanak-kanak dan keluarga.
Tetamu terhormat acara pertandingan bola sepak amal anjuran CHIJ Sanctuary for Children-Goals For Good 2026, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling (lima dari kiri), merakamkan rasa terima kasihnya kepada pihak penganjur melalui hantaran Facebooknya. (Dari kiri) Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Fadli Fawzi ; AP GRC Bishan-Toa Payoh Cik Elysa Chen; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Encik Alvin Tan; AP GRC Sengkang, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik; AP GRC Bishan-Toa Payoh Encik Cai Yinzhou; Menteri Pengangkutan Encik Jeffrey Siow; Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng; dan AP GRC Jurong, Encik Lee Hong Chuang hadir menyokong usaha murni CHIJSC dalam memperkasakan kanak-kanak dan keluarga. - Foto FACEBOOK SEAH KIAN PENG
Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng (empat dari kiri), gembira dapat beraksi bersama rakan Anggota Parlimen beliau, menentang pasukan bekas pemain kebangsaan bola sepak Singapura dalam perlawanan pertunjukan semasa pertandingan bola sepak amal CHIJSC, Goals For Good 2026 pada 5 September.
Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng (empat dari kiri), gembira dapat beraksi bersama rakan Anggota Parlimen beliau, menentang pasukan bekas pemain kebangsaan bola sepak Singapura dalam perlawanan pertunjukan semasa pertandingan bola sepak amal CHIJSC, Goals For Good 2026 pada 5 September. - Foto FACEBOOK SEAH KIAN PENG

Turut hadir acara tersebut adalah Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, yang gembira dapat menghadiri acara tersebut dengan rakan-rakan AP.

Beliau juga merakamkan rasa berterima kasih kepada CHIJSC atas sumbangan dan usaha mereka dalam membantu masyarakat.

“Terima kasih kepada CHIJSC atas usaha luar biasa dalam memperkasakan kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang, serta membantu mereka membina keyakinan diri, ketahanan diri dan masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam hantarannya Facebooknya pada 5 September.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan