Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong: Tahniah Singa!
PM Wong: Tahniah Singa!
PM Wong: Tahniah Singa!
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan menyusuli kemenangan mereka dalam pembukaan kempen Piala Asean Hyundai ke atas Kemboja.
Dalam catatan Facebook beliau pada 25 Julai, Encik Wong memuji usaha berpasukan yang hebat daripada para pemain, jurulatih, dan semua pihak di sebalik pasukan.
“Tahniah kepada pasukan Singa atas kemenangan yang diperolehi hasil perlawanan sengit menentang Kemboja.
“Syabas diucapkan kepada Shawal Anuar yang membuka jaringan, serta kepada Ilhan Fandi yang menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan.
“Usaha berpasukan yang hebat daripada para pemain, jurulatih, dan semua pihak di sebalik pasukan. Semoga berjaya diucapkan kepada skuad Singa untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” kata beliau.
Dalam perlawanan yang berlangsung di di Stadium Nasional Morodok Techo, Kemboja pada 24 Julai itu pasukan Singa menang 2-1 ke atas Kemboja hasil jaringan Shawal Anuar dan Ilhan Fandi.