Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KUMPULAN C

Messi dan Argentina tampak terlalu gagah bagi pasukan lain

Poland taruh harapan ke atas Lewandowski dalam kumpulan yang turut tampilkan Mexico, Arab Saudi
Nov 17, 2022 | 05:30 AM



INI mungkin bukan skuad paling berbakat yang pernah Argentina ada, tetapi boleh dikatakan paling bersatu dalam beberapa tahun lalu selepas kejayaan Copa Amerika mereka pada 2021.



Kemenangan itu menamatkan kemarau trofi selama 28 tahun dalam pertandingan besar, dengan pengurus pasukan, Lionel Scaloni, berjaya mendapatkan keseimbangan antara kekuatan kolektif pasukan serta prestasi terbaik daripada superstar Lionel Messi.



Qatar hampir pasti menjadi Piala Dunia yang terakhir bagi Messi, lantas peluang terakhirnya untuk menjaring gol dalam pusingan kalah mati, sebab semua enam golnya dalam Piala Dunia lalu diledakkannya di peringkat kumpulan.



Namun, Messi bukanlah satu-satunya penyerang yang digeruni pemain pertahanan dalam kumpulan ini.



Penyerang Poland, Robert Lewandowski, mempunyai 13 gol dalam kelayakan - termasuk penalti dalam kemenangan play-off 2-0 mereka ke atas Sweden. Dengan kutipan 32 gol, Poland hanya tewas kepada England (39), Jerman (36) dan Belanda (33) dalam kelayakan Eropah.



Poland dijangka akan bertarung menentang Mexico untuk tempat kedua dalam Kumpulan C, dengan pasukan El Tri telah mara ke pusingan kalah mati dalam setiap daripada lapan penampilan Piala Dunia sebelum ini, kecuali pada 1978.



Bagi Arab Saudi, ada peluang untuk mereka mencatatkan kejutan besar, walaupun mereka hanya memenangi tiga daripada 16 perlawanan Piala Dunia mereka yang lalu.




SEKILAS KUMPULAN C



ARGENTINA

Persembahan lalu: Pusingan 16 pasukan terbaik

Persembahan terbaik: Juara (1978, 1986)

Ranking dunia: 3

Jurulatih: Lionel Scaloni

Pemain bintang: Lionel Messi



ARAB SAUDI

Persembahan lalu: Pusingan kumpulan

Persembahan terbaik: Pusingan 16 pasukan terbaik (1994)

Ranking dunia: 51

Jurulatih: Herve Renard

Pemain bintang: Salem Al-Dawsari



MEXICO

Persembahan lalu: Pusingan 16 pasukan terbaik

Persembahan terbaik: Suku akhir (1970, 1986)

Ranking dunia: 13

Jurulatih: Gerardo Martino

Pemain bintang: Hirving Lozano



POLAND

Persembahan lalu: Pusingan kumpulan

Persembahan terbaik: Ketiga (1974, 1982)

Ranking dunia: 26

Jurulatih: Czeslaw Michniewicz

Pemain bintang: Robert Lewandowski




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >