Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Messi: Inter Miami akan jadi kelab terakhir saya

Kontrak pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or lapan kali bersama kelab Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika tamat 2025
Jun 13, 2024 | 3:02 PM
Ikon bola sepak, Lionel Messi, mengumumkan Inter Miami sebagai kelab terakhirnya. Beliau telah tiba di tahap kerjayanya di mana beliau harus memikirkan tentang persaraan dari sukan tersebut.
Ikon bola sepak, Lionel Messi, mengumumkan Inter Miami sebagai kelab terakhirnya. Beliau telah tiba di tahap kerjayanya di mana beliau harus memikirkan tentang persaraan dari sukan tersebut. - Foto AFP

MIAMI: Inter Miami akan menjadi kelab bola sepak terakhir yang disertai kapten Argentina, Lionel Messi.

Ikon bola sepak dunia itu membuat kenyataan tersebut pada 12 Jun, dan berkata bahawa beliau berasa “ gementar” apabila memikirkan tentang hari beliau akan membuat keputusan untuk bersara.

Messi, pemenang Piala Dunia bersama Argentina pada 2022, mempunyai kontrak bersama pasukan Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika Syarikat itu hingga 2025, ekoran perpindahannya daripada juara Liga Perancis, Paris St Germain (PSG), pada 2023.

Pengumuman beliau itu dijangka mengecewakan penyokong kelab tempat asalnya di Rosario, Argentina, iaitu Newell’s Old Boys, yang mengharapkan Messi akan kembali bermain untuk mereka.

Messi hampir menyertai semula kelab zaman kanak-kanaknya, Barcelona, pada 2023 apabila kontrak beliau hampir tamat di PSG.

Namun, pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or sebanyak lapan kali itu tidak ingin menunggu hingga Barcelona menyelesaikan masalah FFP, atau Financial Fair Play, mereka, iaitu peraturan yang memerlukan kelab tidak berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.

Akhirnya, beliau membuat keputusan menyertai Inter Miami di Amerika.

“Inter Miami akan menjadi kelab terakhir saya. Saya amat suka bermain bola. Saya menikmati semuanya lebih-lebih lagi kerana saya sedar bahawa masa saya bermain bola sepak semakin berkurangan,” kata Messi kepada media.

“Saya belum bersedia meninggalkan bola sepak. Saya telah melakukan perkara ini sepanjang hidup saya. Saya suka bermain bola, suka berlatih, aktiviti harian, perlawanannya... dan benar, sudah tentu ada berasa takut kesemuanya akan berakhir.”

Messi sedang bersiap bersama pasukan Argentina untuk mempertahankan kejuaraan Copa Amerika.

Kejohanan itu dijadualkan bermula pada 20 Jun di Amerika.

Argentina akan menentang Canada dalam perlawanan pembukaan sebelum berdepan saingan Kumpulan A, Chile, pada 25 Jun dan Peru pada 30 Jun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg