Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Messi mungkin kekal di Barcelona

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Salah seorang daripada pemain bola sepak terhebat dalam sejarah sukan ini kini tidak terikat kontrak dengan mana-mana pasukan.



Sekitar 12 bulan selepas percubaannya untuk meninggalkan Barcelona gagal, kapten Argentina Lionel Messi kini tidak lagi diikat kontrak dengan kelab La Liga itu selepas kontraknya luput.



Dan walaupun spekulasi hangat sejak beberapa bulan lalu tentang kelab yang bakal disertai Messi, pemain itu masih belum memberi komitmen kepada sebarang pelanjutan kontrak di Barcelona.



Namun, media Britain berkata rundingan bagi kontrak baru sedang diadakan antara Messi dengan Barcelona, dan beliau mungkin memilih untuk kekal di Nou Camp.



Sebelum itu, sejak tengah malam 1 Julai, Messi kini bebas dari kontrak dan boleh diperolehi sebarang kelab tanpa bayaran yuran.



Mengulas mengenai perkara ini, penulis bola sepak mapan dari Sepanyol Guillem Balague berkata Barcelona telah menaikkan tahap kecemasan dalam rundingan dengan Messi.



Kelab itu, dikatakan berharap dapat membuat pengumuman mengenai kontrak dua tahun yang baru dengan Messi sebelum bulan ini.



"Memperbaharui kontrak Messi adalah satu keutamaan pertama bagi presiden baru Joan Laporta dan beliau kini sedang berunding dengan bapa Messi, Jorge Messi, yang juga ejen pemain itu.



"Untuk menyimpan pemain itu sebagai pemain. Barcelona perlu mengurangkan bil gaji sekitar £172 ($320 juta) supaya memenuhi syarat yang dikenakan oleh La Liga berhubungan kewangan kelab dan wang yang dilaburkan untuk membeli dan memelihara pemain.



"Messi tahu tentang kelab-kelab lain yang berminat mendapatkan khidmatnya, tetapi buat masa ini, belum lagi mengadakan rundingan dengan mereka kerana ingin melihat tawaran Barcelona terlebih dahulu," ujar Balague.



Sebelum ini, Messi, 34 tahun, telah dikaitkan dengan Paris St-Germain di Liga Satu Perancis dan juga dengan Manchester City di Liga Perdana England (EPL).



Kehadiran Pep Guardiola di City dikatakan adalah penarik penting bagi Messi, yang telah bekerjasama dengan Guardiola semasa pengurus itu memimpin Barcelona.



Selain itu, ada juga wadah berita di Britain dan Amerika Syarikat yang berkata Messi juga sedang menimbangkan tawaran dai Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika.



Buat masa ini, Messi sedang mewakili negara dalam dalam Piala Amerika di Brazil.



Beliau muncul bagi kali ke-148 dalam jersi Argentina semasa menentang Bolivia pada Selasa lalu, menjaringkan dua gol dan merintis satu lagi gol dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4-1 bagi negaranya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >