Mexico pecah rekod Guinness kelas bola sepak terbesar jelang Piala Dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mexico pecah rekod Guinness kelas bola sepak terbesar jelang Piala Dunia

Mar 16, 2026 | 1:10 PM

Mexico pecah rekod Guinness kelas bola sepak terbesar jelang Piala Dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
mexico, rekod Guinness, piala dunia
Sekitar 9,500 peserta menghadiri klinik bola sepak terbesar di dunia bagi memecah Rekod Dunia Guinness di dataran Zocalo, Mexico City. - Foto AFP

MEXICO CITY: Mexico memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kelas bola sepak terbesar di dunia pada 15 Mac, dengan lebih 9,500 orang menghadiri kelas itu selama 40 minit di Zocalo Plaza, di Mexico City.

Rekod itu dicatatkan beberapa bulan sebelum Mexico dijadualkan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Amerika Syarikat dan Canada bermula 11 Jun.

Kelas tersebut sekali gus mengatasi rekod sebelumnya, yang dicatatkan di Seattle, Amerika, pada 2025, dengan 1,038 orang.

“Kami mendaftarkan lebih 9,500 orang hari ini, jadi saya sangat gembira untuk memberitahu anda bahawa setakat ini, anda ‘secara rasminya sungguh hebat’, tahniah!” kata hakim Rekod Dunia Guinness, Encik Alfredo Arista, selepas kelas berakhir.

“Hari ini kami memecahkan Rekod Dunia Guinness yang hebat, lebih daripada 9,000 orang berkumpul dan menunjukkan kami mampu mencapai sesuatu yang luar biasa dan yang mustahil,” kata Mayor Bandar Raya Mexico, Cik Clara Brugada, selepas menerima anugerah tersebut.

“Dengan rekod ini, bandar ini menghantar mesej kepada dunia: ‘Sukan, bola sepak, adalah bahasa universal, bahasa keamanan yang tidak memerlukan terjemahan’. Tahniah Mexico City, hari ini kita memulakan Piala Dunia,” tambahnya dengan penuh ceria.

Semasa kelas, lelaki dan wanita daripada semua peringkat umur mengikuti arahan guru dan beberapa bekas pemain bola sepak Mexico yang mengajar kelas daripada pentas.

Mereka menendang, menggelecek dan meraikan sukan bola sepak dalam suasana penuh meriah.

Acara itu merupakan sebahagian daripada kempen lebih luas bertajuk “Piala Dunia Sosial”.

Dalam kalangan peserta, terdapat keluarga berbaju hijau, putih dan merah, kanak-kanak memegang bola berwarna hitam dan emas, serta warga tua yang turut menyertai senaman di bawah bimbingan jurulatih profesional. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg