Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Minat sertai ‘projek besar’ bola sepak tarik Benzema ke Arab Saudi

Oct 12, 2023 | 4:39 PM
MAHU SUMBANG: Karim Benzema ingin menjadi sebahagian daripada pasukan Al-Ittihad dan membantu memajukan permainan bola sepak di Arab Saudi,
MAHU SUMBANG: Karim Benzema ingin menjadi sebahagian daripada pasukan Al-Ittihad dan membantu memajukan permainan bola sepak di Arab Saudi, - Foto AFP

‘Projek besar’ Arab Saudi telah menarik minat Karim Benzema dan hakikat ia adalah sebuah negara Islam, mendorong beliau memutuskan untuk menamatkan tugasannya bersama Real Madrid dan berpindah ke Al-Ittihad kata penyerang Perancis itu pada Rabu.

Benzema menjadi antara nama tersohor yang berpindah ke Liga Pro Saudi apabila beliau menyertai Al-Ittihad sebagai ejen bebas pada Jun.

Beliau menandatangani perjanjian yang dilaporkan bernilai lebih 100 juta euro ($106 juta) selepas menamatkan tempoh 14 tahun yang cemerlang di Real Madrid.

Benzema disertai rakan senegara dan pemenang Piala Dunia N’Golo Kante; pemain tengah Brazil Fabinho; dan pemain sayap Portugis Jota; ketika Al-Ittihad berusaha untuk mengekalkan kejuaraan liga mereka di tengah-tengah persaingan sengit daripada pencabar yang sanggup berbelanja besar.

“Apabila projek bola sepak bermula di sini, ia kelihatan seperti projek besar dari sudut semua aspek, dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya dan membantu dalam memajukan permainan di Arab Saudi.

“ini adalah salah satu sebab yang membuatkan saya datang ke sini,” kata Benzema dalam temu bual dengan Liga Pro Saudi, yang disiarkan di wadah mesej X.

“Selain itu, Arab Saudi adalah negara Islam dan mereka menyambut saya dengan tangan terbuka. Saya rasa disayangi. Sebagai seorang Muslim, apabila anda berada di Makkah, anda berasa aman... ia adalah tempat yang luar biasa.”

Benzema telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh perlawanan liga musim ini, dan memberikan dua bantuan.

“Terdapat banyak sejarah dan ramai peminat bola sepak di sini dan saya gembira dengan tahap permainan.

“Saya benar-benar terkejut dengan tahap permainan di Arab Saudi kerana di Eropah kami tidak menonton banyak perlawanan bola sepak di sini,” tambah pemain berusia 35 tahun itu.

“Tetapi kini terdapat ramai orang (di Eropah) yang menonton liga Saudi selepas banyak nama besar dibawa masuk.”

Al-Ittihad berada di tangga keempat carta liga dengan 19 mata, empat mata di belakang pendahulu Al-Hilal. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg