Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Misi Noah Lyles menang empat emas Olimpik Paris

Matlamatnya lain daripada yang lain tetapi pelari pecut AS berkata beliau tak bergurau
Mar 15, 2024 | 10:03 AM



PARIS: Belum tahu sama ada Noah Lyles mampu menjadi seperti bekas pelari pecut terkemuka dunia, Usain Bolt.


Namun, pelari pecut Amerika Syarikat itu lebih memahami daripada kebanyakan orang bahawa sesiapa yang mahukan pekerjaan sebagai wajah atletik dunia memerlukan gabungan karisma dan bakat.

Sejak Bolt bersara hampir tujuh tahun lalu, atletik dunia berusaha, tetapi tidak berjaya, mencari pengganti atlet Jamaica itu.

Meskipun sukan itu dipenuhi watak-watak menarik, pencipta rekod sukan lontar lembing dan larian berhalangan tidak memikat perhatian dunia.

Menjadi manusia paling pantas di dunia – inilah yang menawan dunia dan jika ia dicapai dengan bergaya dan bakat, lebih baik lagi.

Bolt membawa personaliti menawan dan kepantasan ke trek yang menghasilkan khazanah pingat emas, termasuk lapan daripada tiga Sukan Olimpik dan rekod yang masih kekal, di samping menjadi selebriti antarabangsa.

Itulah standard yang dihadapi Lyles di Sukan Olimpik Paris, di mana beliau sudah pun diletak sebagai wakil atletik.

Dari sudut pemasaran, Lyles memenuhi segala yang diperlukan.

Atlet Amerika ini seorang artis semula jadi yang gemar perhatian, bercakap berterus terang, tahu cara tampil dengan bergaya dan selesa di pentas fesyen Paris sebagaimana beliau selesa di blok pelepas larian pecut.

Namun jika dibandingkan dengan Bolt, pencapaiannya di balapan tidak sehebat.

Beliau menang tiga emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter berpasukan di kejohanan dunia 2023 di Budapest, namun hanya berupaya meraih satu pingat gangsa Olimpik, dalam acara 200 meter di Olimpik Tokyo 2020.

Itu bukan pencapaian yang menarik minat.

Dalam ranking 100 meter sepanjang masa, Lyles berada di bawah senarai itu, di tangga ke-15 dengan pencapaian terbaik 9.83 saat – langsung tidak setanding rekod dunia 9.58 saat Bolt.

Enam warga Amerika lebih pantas daripadanya, termasuk pencabar semasa, Christian Coleman, yang merupakan juara dunia 100 meter 2019, dan Fred Kerley, juara dunia 100 meter 2022.

Jika anda belum menghasilkan masa yang menarik perhatian, tetapkan matlamat lain daripada lain.

Bagi Lyles, matlamat itu ialah kembangkan acara pecutnya untuk merangkumi 400m juga, yang akan memberi atlet berusia 26 tahun ini peluang mendapat tempat dalam larian berganti-ganti dan empat emas di balapan di Paris (100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter) – sesuatu yang Bolt yang hebat pun tidak lakukan.

Hanya dua orang pernah menggondol empat emas atletik dalam satu Olimpik – Jesse Owens dan Carl Lewis – namun kejayaan mereka termasuk dalam lompat jauh, bukan di balapan.

Pelari pecut yang hampir mencapai kejayaan tersebut ialah Florence Griffith Joyner di Olimpik Seoul 1988, di mana warga Amerika itu memenangi acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter dan pingat perak dalam 4x400 meter.

“Saya serius,” kata Lyles kepada Reuters.


“Saya baru lari 4x400 meter di Glasgow (Kejohanan Dunia Tertutup), dan saya berasa itu tentunya adalah salah satu cara untuk saya nyatakan bahawa saya tidak bergurau.

“Ramai orang fikir bahawa saya melakukannya hanya kerana nama. Tetapi, saya ingin memberi segalanya.

“Saya belajar dari awal tentang cara bermain permainan ini, memperbaiki masa saya dan keupayaan pemasaran saya banyak membantu.

“Jika anda percaya bahawa mendapat pingat saja sudah cukup untuk membuat orang suka anda atau membuat semua orang mahu berurus niaga dengan anda, malangnya, bukan itu sahaja yang diperlukan.”

Ternyata penaja memberi perhatian pada beliau.

Adidas baru-baru ini memperbaharui perjanjian mereka dengan Lyles yang dilaporkan bernilai AS$10 juta ($13.3 juta), yang menurut raksasa pakaian sukan itu adalah “kontrak paling mahal dalam sukan balapan dan padang sejak persaraan Usain Bolt”.

Air tenaga Celsius adalah satu lagi jenama yang menyertai Lyles, dengan syarikat itu menyatakan ia telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pelari pecut itu.


“Atlet memerlukan sukan, dan sukan memerlukan atlet,” rumus Lyles. “Saya hanya boleh menjalankan tugas saya dan apa yang saya percaya adalah baik untuk sukan ini.

“Sudah tentu sukan (atletik) sendiri memang menarik, tetapi orang perlukan cerita untuk tertarik padanya dan saya suka bercerita,” kata Lyles. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >