Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Modric di penghujung jalan

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Pemain azimat bagi Croatia, Luka Modric  diberikan tepukan gemuruh apabila beliau meninggalkan padang di penghujung perlawanan separuh akhir denga Argentina.



Wajahnya pasrah, dengan kekalahan hampir pasti bagi pasukannya yang sedang ketinggalan tiga gol dengan perlawanan berbaki kurang 10 minit.



Trofi paling berprestij yang didambanya kini tidak akan menjadi realiti tetapi Modric tidak seharusnya berasa terlalu terkilan.



Sumbangannya kepada pasukan nasional tidak boleh diremehkan.



Pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik dunia, Ballon d'Or, pada 2018 ini telah memimpin jentera penggerak 'midfield' pasukannya sejak Piala Dunia tahun tersebut, dan membawa Croatia ke dua separuh akhir Piala Dunia berturut-turut. Ia mara ke final Piala Dunia 2018 tetapi tewas 2-4 kepada Perancis.



Selepas Croatia menewaskan Brazil di suku akhir, jurulatihnya Zlatko Dalic berkata Croatia mempunyai trio 'midfield' yang terbaik di dunia.



Selain Modric, beliau juga menamakan Mateo Kovacic dan Marcelo Brozovic dalam kumpulan unggul itu.



Malah, semasa menentang Argentina semalam, Modric adalah sumber ancaman paling berbahaya ke atas benteng lawan dengan kebanyakan serangan bahaya bermula dari kaki beliau.



Modric, yang pada usia 37 tahun masih menyarung jersi Real Madrid, di mana beliau telah memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, berpeluang beraksi buat kali terakhir dalam jersi merah putih negaranya semasa ia berdepan dengan Perancis atau Maghribi bagi merebut tempat ketiga di Piala Dunia ini.



Perlawanan itu dikatakan adalah kali terakhir beliau mewakili Croatia dalam pertandingan utama.



Croatia telah melayakkan diri ke separuh akhir Liga Negara-Negara (Nations League) tetapi pertandingan di peringkat Eropah itu tidak dianggap setaraf dengan Piala Dunia atau Kejohanan Eropah (Euro).



Beliau tidak dijangka melanjutkan kerjaya antarabangsanya sehingga Euro 2024, apabila beliau berusia 39 tahun.



"Mungkin, ini adalah saat generasi Piala Dunia hebat kini berakhir, terutama bagi dua pemain yang telah mencapai usia tertentu," kata Dalic, tanpa membeir sebarang nama khusus.



"Tentunya, adalah lebih baik jika mereka mengakhiri kerjaya dengan memenangi trofi... tapi itu tidak boleh menjadi realiti pada masa ini."



Buat masa ini, Modric enggan berkata apa-apa tentang rancangannya selepas Piala Dunia ini.



Diminta mengulas lebih lanjut semasa bercakap dengan wartawan, Modric setakat berkata tentang pengalamannya di Piala Dunia ini.



"Kami telah melalui Piala Dunia yang hebat dan adalah bukan satu hukuman untuk beraksi dengan pasukan nasional.



"Buat masa ini, ada pingat gangsa yang perlu kita kejarkan dan kita perlu bersedia bagi perlawanan itu. Jika berjaya, tempat ketiga adalah pencapaian yang baik bagi kita," kata Modric. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >