Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Mourinho kritik pengadil lepas Spurs tewas lagi

Ditundukkan Chelsea 1-0 di padang sendiri
Feb 06, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Tottenham Hotspur Jose Mourinho mengritik prestasi pengadil Andre Marriner berikutan kekalahan 1-0 pasukannya di padang sendiri kepada Chelsea, yang meneruskan permulaan tanpa kalah di bawah bos baru Tomas Tuchel dan naik ke tangga keenam Liga Perdana.



Penalti separuh pertama Jorginho, yang dihadiahkan oleh Eric Dier yang secara cuai menjatuhkan Timo Werner, memberi Blues kemenangan yang layak kerana pendekatan lebih progresif mereka berbanding pasukan Spurs yang tanpa idea dan keinginan menyerang hingga ia terlewat.



Namun, Mourinho, yang berbual panjang bersama Marriner apabila mereka berjalan keluar dari padang kelmarin, berkata: "Saya menganggap beliau sebagai antara pengadil terbaik dalam Liga Perdana.



"Saya pedulikan beliau dan beliau seorang yang saya sangat sanjung. Itu memberi saya kedudukan baik untuk memberitahu beliau bahawa saya tidak suka prestasinya.



"Pada akhirnya, penalti menentukan perlawanan. Pada akhirnya, mereka menjaringkan penaliti, iaitu penalti yang bukan boleh anda katakan sebagai bagi satu situasi berbahaya, satu lawan satu, hampir menjaringkan gol.



"Ia penalti yang sukar diterima dan tewas dalam perlawanan sebegini amat menyakitkan."



Tuchel kini menikmati dua kemenangan dan satu seri, tanpa golnya dibolosi, sejak menggantikan Frank Lampard yang dipecat, dan sementara jurulatih Jerman yang beranimasi itu kadangkala menunjukkan tanda kecewa di kotak teknikalnya, usaha itu akhirnya mendatangkan hasil memuaskan.



"Sepanjang babak pertama, kami mengawal permainan sepenuhnya," kata Tuchel.



"Mungkin kami hilang keyakinan dalam babak kedua sebab kami hilang pemilikan bola.



"Naluri menjaringkan gol yang lebih sedikit dan lebih agresif dalam kotak mungkin akan menjadi lebih bagus.



"Ia adalah kemenangan besar dalam perlawanan di padang lawan, dan saya sangat gembira."



Bagi Tottenham dan Mourinho, ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut dalam urutan persembahan hambar mereka.



Spurs, yang tanpa penyerang utama Harry Kane, layak dihukum kerana mengatur rancangan permainan negatif, gagal memberi Chelsea detik cemas kecuali apabila hantaran Serge Aurier menemui Carlos Vinicius yang menanduk bola ke palang gawang walaupun tidak diawasi pada hujung perlawanan.



Dalam perlawanan itu, Tuchel tidak membuang masa untuk menyuarakan tuntutannya ke atas pemain Chelsea dan kehadirannya di tepi padang pasti mendorong mereka beraksi.



Beliau tidak duduk diam sepanjang perlawanan itu, selalu menyatakan rasa senang dan tidak puas hatinya.



Pada satu masa, beliau menjerit "ya" dan bersungguh-sungguh memuji anak buahnya setelah memekik "mara, mara" untuk memerintah Chelsea supaya mengenakan tekanan ke atas Spurs.



Masih terlalu awal, tetapi Tuchel telah dapat membuat Chelsea bermain pada rentak lebih pantas.



Perlawanan kelmarin adalah malam yang agak selesa untuk Blues, walaupun mereka kehilangan pemain bek tengah berpengalaman Thiago Silva akibat kecederaan hamstring pada babak pertama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >