Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Moyes: West Ham di tangga atas liga tapi masih boleh diperbaiki

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus West Ham David Moyes merasa pasukan beliau "belum sepenuhnya menonjolkan" potensi mereka selepas mereka menewaskan Crystal Palace 3-2 kelmarin untuk meneruskan permulaan sempurna mereka pada 2021 dan melangkah ke tangga empat teratas Liga Perdana.



Hammers kini memenangi enam perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, dengan kemenangan terbaru ini memaparkan persembahan mengagumkan di padang lawan, dengan Tomas Soucek cemerlang, dua kali menemui sasaran.



Palace mendahului perlawanan awal menerusi bintang mereka yang kembali beraksi, Wilfred Zaha, tetapi pasukan Moyes tidak lama kemudian menyamakan kedudukan hasil gol pemain midfield Czech mereka.



Sejak itu, West Ham terus menguasai perlawanan.



Soucek, yang tidak henti menjaringkan gol, menambah satu lagi dan Craig Dawson meledakkan gol ketiga West Ham dengan tandukan rutin sebelum jaringan saat akhir Michy Batshuayi untuk pasukan tuan rumah.



"Kami semakin baik dan kami adalah pasukan yang dipertingkat, tetapi saya fikir kami belum tonjolkan (potensi) sepenuhnya. Saya fikir banyak lagi yang kami ada, yang boleh kami beri," kata Moyes.



"Sebahagian tugas pengurus adalah untuk meningkatkan jangkaan di kelab bola sepak anda tetapi saya tidak akan cuba dan bersikap bodoh sebab West Ham telah terlalu kerap melakukannya dan mungkin melakunnya salah.



"Saya akan menjadi lebih stabil dan masuk akal sekiranya saya boleh. Tetapi saya bercita-cita tinggi, saya mahu menguruskan pasukan di tangga teratas liga dan bertanding dalam pertandingan sekiranya saya boleh.



"Dan pemain sedang memberi saya setiap harapan yang ada, mereka sedang melakukan tugas yang hebat dan mereka telah beraksi luar biasa dengan cara mereka bermain dan mereka mahu lebih - saya dapat rasakannya dalam bilik salinan."



West Ham kini mengumpul 35 mata daripada 20 perlawanan, tetapi Palace - masih mengekalkan 11 mata yang selesa untuk elak jatuh ke zon penyingkiran - hanya menang satu dalam 10 perlawanan mereka.



Dalam perlawanan liga lain, Manchester City kembali menghuni puncak Liga Perdana selepas membelasah West Bromwich Albion 5-0 di Hawthorns kelmarin.



City, yang menjaringkan tiga gol dalam setengah jam pertama, memperolehi 41 mata - satu mata lebih daripada Manchester United yang juga bermain 19 perlawanan dan akan kembali puncak liga sekiranya mereka mengalahkan pasukan paling bawah Sheffield United di Old Trafford.



Sementara itu, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka masing-masing meledakkan gol dan menghulurkan bantuan ketika Arsenal menang 3-1 di Southampton dalam Liga Perdana kelmarin, 'membalas dendam' atas kekalahan pusingan keempat Piala FA mereka di tangan Saints Sabtu lalu.



Kemenangan itu meletakkan Arsenal di tangga kelapan dengan 30 mata, satu mata di depan Aston Villa, Chelsea dan Southampton.



Sementara itu, pengurus Newcastle United, Steve Bruce terus menghadapi tekanan setelah pasukannya tewas 2-1 di Leeds United.



Kekalahan itu menyebabkan Newcastle berada di tempat ke-16 dengan 19 mata, tetapi telah bermain lebih banyak permainan daripada kedua-dua pasukan tepat di bawah mereka.



Dalam perlawanan itu, Raphael Dias Belloli yang lebih dikenali dengan nama Raphinha meletakkan Leeds di hadapan.



Walaupun Miguel Almiron menyamakan kedudukan, Leeds mendahului tidak lama selepas itu melalui jaringan Jack Harrison.



Kekalahan itu menyebabkan Newcastle kini dengan hanya dua mata dari 27 perlawanan terakhir yang ada di liga.



"Liga ini kadang-kadang amat kejam," kata Bruce.



"Saya tidak tahu sama ada saya berada dalam laluan lebih buruk dalam 20 tahun tetapi malam ini saya mungkin lihat contohnya sedikit," kata Bruce.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >