Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

MU hampir pasti umum Ten Hag pengurus baru

Apr 08, 2022 | 07:27 AM



LONDON: Manchester United kini dilaporkan hampir akan menamakan bos Ajax Erik ten Hag sebagai pengurus baru mereka.



Pegawai di Old Trafford, namun, terus berkeras proses melantik pengganti tetap bagi Ole Gunnar Solskjaer masih belum dibereskan dan adalah terlalu awal untuk mengatakan jika sebarang perjanjian telah dilaksana.



Bagaimanapun, adalah difahami, Ten Hag kini adalah pilihan utama dalam kalangan pegawai kanan di United.



Sebelum ini, adalah jelas mereka sedang memilih antara dua calon - Ten Hag atau Mauricio Pochettino, yang kini memimpin Paris Saint-Germain dalam Liga Perancis.



Dalam laporannya, BBC berkata ia telah diberitahu bahawa Ten Hag dianggap lebih sesuai bagi struktur pengurusan yang telah dibina di United, di mana John Murtough adalah pengarah bola sepak.



Bekas pemain United Darren Fletcher ialah pengarah teknikal, sementara bos sementara Ralf Rangnick adalah penasihat.



Buat masa ini, pengumuman rasmi tidak akan dibuat memandangkan Ajax masih bersaing sengit dengan PSV Eindhoven bagi kejuaraan Liga Belanda.



Malah, ada beberapa pihak berkata United mungkin akan menangguh pengumuman tersebut kepada tarikh lebih lanjut, sebagai tanda hormat kepada Ajax, yang kini dipimpin bekas penjaga gawang United Edwin van der Sar, yang mendukung jawatan ketua eksekutif.



Jika pelantikan Ten Hag menjadi rasmi, difahami Ten Hag akan membawa ke Old Trafford seorang bekas jurulatih Ajax atau bekas pemain untuk menjadi sebahagian pasukan kejulatihannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >