Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Muda dan berbisa: 5 pemain tarik perhatian di Piala Asia

Pemain bertaraf bintang seperti Son Heung-Min dari Korea Selatan dan Kaoru Mitoma mungkin lebih dikenali oleh peminat bola sepak yang mengikuti Piala Asia 2024 yang sedang berlangsung di Qatar. Namun ada juga pemain-pemain muda berpotensi yang dianggap sebagai bintang bagi masa depan. BERITA HARIAN menampilkan lima pemain sedemikian.
Jan 22, 2024 | 05:30 AM



Beknaz Almazbekov,
18 tahun (Kyrgyzstan)

Beknaz menarik perhatian peminat bola sepak sedunia sejak 2019, apabila pemain itu sengaja gagal menjaringkan gol melalui tendangan penalti kerana beliau yakin pasukannya telah mendapatkan tendangan penalti itu secara kurang adil.

Pada ketika itu, beliau baru berusia 13 tahun dan baru sahaja mendapat tempat tetap dalam kesebelasan utama pasukan belia Galatasaray di Turkey. 

Sejak itu, beliau telah dipilih mewakili pasukan utama Galatasaray dan pada 2022, akhbar The Guardian di Britain telah menyertakan beliau dalam senarai 60 pemain bola sepak terbaik di dunia yang lahir pada 2005.


Berbakat menjaringkan gol, Beknaz telah menyumbat 14 gol dalam 19 perlawanan bagi pasukan bawah 19 tahun Galatasaray dan juga bagi pasukan simpanan Galatasaray. Sebelum Piala Asia 2024, beliau telah menyarung jersi Kyrgyzstan sekali.







Abbosbek Fayzullaev, 20 tahun (Uzbekistan)

Pemain ini antara yang terbaik di peringkat belia dan beliau dipilih sebagai pemain paling handal di Piala Asia Bawah 20 tahun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023. 

Beliau juga antara pemain tunggak dalam pasukan Uzbekistan yang memenangi pertandingan itu.

Sebelum itu, Abbosbek, yang selesa bermain di bahagian sayap, telah menarik perhatian di Piala Asia Bawah 23 tahun 2022, apabila beliau mengheret negaranya ke final, di mana ia tewas dan terpaksa berpuas hati dengan posisi naib juara.

Abbosbek dijangka memainkan peranan utama dalam pasukan Uzbekistan di Doha dan jika beliau cemerlang, Uzbekistan berpeluang baik untuk melangkah ke separuh akhir, sebagaimana dilakukannya pada 2011, kali terakhir pertandingan itu diadakan di Qatar.







Lee Kang-in, 22 tahun, Korea Selatan

Pemain ini dianggap sebagai bakat yang paling mirip dengan pemain bertaraf legenda, Park Ji-Sung yang pernah menyarung jersi Manchester United.

Beliau berpindah ke Sepanyol pada usia 10 tahun untuk menyertai akademi bola sepak Valencia dan sejak itu, telah memperhalusi bakat dan kemahirannya.

Pemain berusia 22 tahun ini menyerlah di Sepanyol, di mana beliau menyarung jersi Valencia dan Mallorca, sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain.

Pada 2019, beliau memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik AFC, pada tahun yang sama beliau menjadi penjaring gol terbanyak di Piala Dunia Bawah 20 tahun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Buat masa ini, beliau dikatakan sedang diperhatikan oleh beberapa kelab elit dari Liga Perdana England, dan jika beliau berjaya membantu Korea Selatan menjulang Piala Asia buat kali pertama sejak 1960, PSG mungkin akan berdepan dengan cabaran lebih sukar untuk menghalangnya daripada berpindah ke sana.







Suphanat Mueanta, 21 tahun (Thailand)

Pemain ini telah mewakili kelab domestik, Buriram United sepanjang kerjayanya, kecuali buat sementara apabila beliau dipinjamkan kepada kelab Belgium, OH Leuven.

Kelincahan beliau berlari dengan bola dan wawasannya dalam membuat hantaran bahaya mendorong jurulatih Thailand mengundang beliau ke pasukan nasional pada usia 15 tahun.

Suphanat tidak mengecewakan dan menjaringkan gol pertama hanya sebulan selepas menyarung jersi nasional baut kali pertama.

Beliau juga adalah pemain paling muda yang berjaya menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara AFC, iaitu pada usia 16 tahun.

Beliau telah mengekalkan kehandalannya di depan gawang di peringkat antarabangsa, di mana beliau telah berjaya menjaringkan 13 gol dalam sembilan perlawanan bersama pasukan bawah 19 tahun Thailand.

Sejak beraksi bagi pasukan nasional, Suphanat telah menjaringkan gol bertubi-tubi, termasuk semasa Thailand menewaskan Singapura 1-3 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Negara pada 2023.

Ramadhan Sananta,
21 tahun (Indonesia)

Pemain muda ini tajam di depan gawang dan bijak mencari ruang untuk membuka peluang gol bagi dirinya sendiri  dan ini ditunjukkan melalui rekod empat gol dalam sembilan perlawanan bersama pasukan nasional.

Pemain ini, yang beraksi untuk Persis Solo, telah menjaringkan tujuh gol dalam  liga musim ini, dan antara pemain tunggak pasukan bawah 22 tahun Indonesia yang memenangi pingat emas di Sukan SEA 2023. 

Ramadhan menjaringkan lima gol dalam kejohanan itu, termasuk dua gol dalam final di mana Indonesia menewaskan Thailand 5-2.

Beliau dijangka menjadi pemain azimat untuk Indonesia di Doha. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >