Rodri (tengah) menjulang trofi Piala Dunia 2026. Beliau memimpin Sepanyol untuk memenangi trofi Piala Dunia kedua semasa kejohanan yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
Rodri (tengah) menjulang trofi Piala Dunia 2026. Beliau memimpin Sepanyol untuk memenangi trofi Piala Dunia kedua semasa kejohanan yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026. - Foto AFP

SEPANYOL: Barcelona telah mencapai kesepakatan untuk menandatangani kapten Sepanyol, Rodri, daripada Manchester City dengan nilai sekitar £65 juta ($112 juta).

Pemain berusia 30 tahun itu, yang memenangi anugerah Ballon d’Or pada 2024, bakal menandatangani kontrak selama empat tahun bersama juara La Liga itu.

Pemindahan itu dijangka dimuktamadkan dalam masa beberapa hari lagi.

Rodri merupakan pemain terkini yang menyertai jentera Barcelona, di samping tonggak dari Newcastle United, Anthony Gordon, dan mantan penyerang Borussia Dortmund, Karim Adeyemi.

Rodri telah membuat 298 penampilan sepanjang tujuh musim penuh kejuaraan di Manchester City selepas menyertai kelab itu dari Atletico Madrid pada 2019 dengan rekod pemindahan kelab ketika itu yang bernilai £62.8 juta.

Namun, beliau tidak beraksi bagi sebahagian besar musim 2024/25 kerana mengalami kecederaan lutut yang serius.

Malah, kempen 2025/26 beliau diganggu oleh masalah hamstring. Bagaimanapun, Rodri bangkit dengan penuh bergaya.

Beliau bukan sahaja memimpin Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia kedua negara itu, malah dinobatkan pemain terbaik kejohanan tersebut.

Rodri meninggalkan Manchester City dengan deretan trofi. Beliau memenangi empat trofi Liga Perdana England (EPL), dua Piala FA, tiga Piala Liga Bola Sepak England (EFL) dan kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) pertama kelab itu pada musim 2022/23.

Rodri meninggalkan Manchester City dengan deretan trofi, termasuk empat trofi Liga Perdana England (EPL), dua Piala FA, tiga Piala Liga Bola Sepak England (EFL) dan kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) pertama kelab itu pada musim 2022/23.
Rodri meninggalkan Manchester City dengan deretan trofi, termasuk empat trofi Liga Perdana England (EPL), dua Piala FA, tiga Piala Liga Bola Sepak England (EFL) dan kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) pertama kelab itu pada musim 2022/23. - Foto REUTERS

Maka itu, bukan mudah untuk Manchester City melepaskan tonggak mereka yang sebenarnya masih ada satu tahun lagi dalam kontrak.

Pada 7 Ogos, BBC Sport melaporkan bahawa Manchester City menolak tawaran pertama oleh Barcelona, yang bernilai £38.5 juta.

Lantas, ramai yang menduga bahawa Rodri akan menyarung jersi Real Madrid.

Lantaran itu, Barcelona mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan tanda tangan Rodri, sekali gus menghalang kelab seteru mereka itu daripada membawa masuk pemain bintang berkenaan.

Menyusuli kekalahan kepada Arsenal dalam saingan Perisai Masyarakat pada 16 Ogos, pengurus baharu Manchester City, Enzo Maresca, berkata:

“Rodri baru sahaja memenangi Piala Dunia dan Ballon d’Or. Beliau merupakan pemain handal dan sudah tentu mana-mana pasukan sekalipun memerlukan pemain seperti beliau.

“Justeru, tidak timbul soal sama ada kami akan merinduinya atau tidak.”

Di tengah-tengah pemergian Rodri, terdapat ramalan bahawa pemain muda Maghribi, Ayyoub Bouaddi, mungkin akan menggantikan tempat beliau di padang.

Manchester City didapati telah mengadakan perbincangan dengan Bouaddi mengenai pemindahan yang dianggar bernilai sekitar £85 juta.

Pemain berusia 18 tahun itu menarik perhatian ramai di Piala Dunia baru-baru ini, selain memainkan peranan penting dalam membantu Lille mengejutkan Real Madrid dalam saingan UCL pada 2024.

Seperti Rodri, Bouaddi mengatur rentak permainan dari kawasan separuh padang sendiri, sekali gus melengkapi barisan pemain baharu City, Elliot Anderson, yang lebih gemar mengancam benteng lawan sambil mempertahankan gawang sendiri.

Kehadiran Bouaddi sememangnya mampu memperkukuh skuad Manchester City, terutamanya selepas pemergian tonggak berpengalaman seperti Rodri dan Bernardo Silva. -- Agensi Berita