Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Musk 'gurau' mahu beli Man United

Aug 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Elon Musk, individu terkaya dunia, berkata beliau hanya bergurau merujuk kepada kirimannya di Twitter bahawa beliau berminat membeli kelab bola sepak gergasi dunia, Machester United.



"Tidak, ini adalah satu gurauan lama di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan," kata Musk, apabila ditanya seorang pengguna Twitter sama ada beliau serius untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England itu.



Sekitar empat jam sebelum itu, Musk menulis di Twitter: "Saya akan membeli Machester United, terima kasih," tanpa memberi butir lanjut.



Sebelum ini, terdapat penyokong United, yang marah dek kemerosotan United, telah menggesa Musk menerusi Twitter untuk membeli kelab mereka itu.



Kiriman Twitter daripada Musk itu menyusuli keputusan hartawan itu untuk menarik diri daripada perjanjian AS$44 bilion ($66.6 bilion) untuk membeli Twitter selepas hanya empat bulan mengumumkan beliau mahu membeli wadah media sosial itu.



Musk memang dikenali sebagai individu yang tidak konvensional yang suka menarik perhatian kepada dirinya menerusi kirimannya di media sosial, menjadikannya sukar untuk mengetahui sama ada beliau bergurau atau tidak.



"Selepas ini, saya akan membeli Coca-Cola..." katanya menerusi Twitter pada April lalu, dua hari selepas lembaga Twitter menerima tawarannya itu.



Kiriman Twitter Musk telah pun mendatangkan masalah bagi beliau dengan beberapa tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Amerika. Pada 2018, beliau menulis di Twitter bahawa beliau telah mendapatkan pendanaan sejumlah AS$72 bilion untuk menswastakan syarikat Tesla, namun perkara itu tidak berlaku. Musk dan Tesla masing-masing diarahkan membayar saman AS$20 juta dan Musk juga diarahkan mengundur diri sebagai pengerusi bagi kesalahan berbohong kepada pelabur. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >