Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK ASEAN (AFF)

Musuh ketat S'pura, M'sia berentap dalam kumpulan sama

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



PENYOKONG bola sepak setempat boleh menjangkakan pertemuan hebat antara dua musuh tradisi selepas Singapura dengan Malaysia ditempatkan dalam kumpulan yang sama bagi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun ini.



Kededua pasukan bola sepak dari negara berjiran itu telah ditempatkan dalam Kumpulan B, di acara undian yang diadakan di Bangkok, Thailand, semalam.



Kumpulan itu juga termasuk Vietnam, yang dianggap antara pilihan utama untuk menjulang trofi, dan dua lagi negara, Myanmar dan Laos.



Dalam perlawanan terakhir antara Singapura dengan Malaysia, Singapura muncul pemenang selepas Ikhsan Fandi menjaringkan kededua gol bagi pasukan nasional yang menang 2-1 di Stadium Negara.



Juara bertahan, Thailand, naib juara, Indonesia, dan Filipina serta Kemboja ditempatkan dalam Kumpulan A.



Pemenang perlawanan 'play-off' antara Brunei dengan Timor-Leste akan menyertai kumpulan ini.



Penaja utama pertandingan kali ini telah bertukar tangan daripada Suzuki kepada Mitsubishi Electric.



Selain itu, kejohanan tahun ini akan berlangsung dengan format yang berbeza berbanding edisi lalu.



Antaranya, format perlawanan akan diubah semula menjadi perlawanan di tempat sendiri dan stadium lawan, bermula di peringkat kumpulan.



Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi di negara sendiri bagi dua perlawanan kumpulan.



Jadual bagi pertandingan tahun ini, yang dijadual berlangsung pada Disember ini akan diumumkan tidak lama lagi.



Singapura, yang telah empat kali memenangi pertandingan ini - pada 1998, 2004, 2007 dan 2012 - adalah pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah Kejohanan AFF.



Thailand adalah pasukan paling berjaya, dengan enam trofi.



Namun, Singapura gagal mara dari pusingan kumpulan bagi pertandingan yang diadakan pada 2014, 2016 dan 2018.



Tahun lalu, dengan pertandingan diadakan di satu lokasi - di Singapura - pasukan nasional berjaya mara ke separuh akhir, di mana ia tewas kepada Indonesia dan tersingkir daripada pertandigan.



Singapura telah bersaing sengit dengan lawannya tetapi tewas kepada gol yang dijaringkan Indonesia dalam masa tambahan selepas jaringan terikat 3-3 di akhir separuh akhir dua perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >