Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naomi Osaka kembali ke grand slam, tapi gagal atasi halangan pertama

Jan 16, 2024 | 3:44 PM
KEMBALI BERAKSI: Naomi Osaka melambai kepada penonton selepas tewas kepada Caroline Garcia 6-4, 7-6 (7-2) dalam  pusingan pertama Terbuka Australia di Melbourne Park pada 15 Januari.
KEMBALI BERAKSI: Naomi Osaka melambai kepada penonton selepas tewas kepada Caroline Garcia 6-4, 7-6 (7-2) dalam pusingan pertama Terbuka Australia di Melbourne Park pada 15 Januari. - Foto REUTERS

MELBOURNE: Naomi Osaka gagal melepasi halangan pertama dalam kepulangannya ke grand slam apabila beliau tewas 6-4, 7-6 (7-2) kepada Caroline Garcia dalam pusingan pertama Terbuka Australia pada 15 Januari.

Satu titik putus, atau break point, terbukti mencukupi untuk Garcia, pemain dari Sepanyol yang merupakan pilihan ke-16 kejohanan ini, menundukkan Osaka, yang berkarat, dalam set pertama, dan beliau menguasai pemutus set kedua untuk mara ke peringkat seterusnya.

Bintang Jepun itu telah memenangi empat pertandingan grand slam tetapi berehat daripada tenis pada September 2022 atas sebab kebimbangan mengenai kesihatan mental.

Setelah melahirkan seorang bayi perempuan, Shai, pada Julai, beliau memutuskan untuk kembali ke gelanggang bagi musim 2024.

“Saya rasa saya telah melakukan yang terbaik mungkin. Adalah benar-benar menggembirakan dapat kembali ke (Arena) Rod Laver sekali lagi, mendengar penonton, (dan) bagaimana mereka berinteraksi dengan perlawanan. Ia menyeronokkan,” katanya.

“Sudah tentu saya harus memberitahu diri saya, perkara seperti ‘Hei, enam bulan lalu anda hamil’.

“Sudah tentu ada suara di kepala saya yang berkata, ‘Siapalah kau untuk fikir yang kau boleh kembali dan segera mula memenangi perlawanan?’

“Saya tidak tahu. Saya sentiasa menjangka diri saya berpeluang (menang). Jadi saya rasa bersikap lebih baik kepada diri saya sendiri adalah perkara penting yang saya belajar semasa berehat.” – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg