Mungkinkah nasib Tottenham Hotspur (Spurs) sudah mula berubah selepas perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang baru lalu semasa menentang Bournemouth berakhir dengan keputusan seri 2-2?

Berdasarkan corak permainan yang dipamer pasukan bimbingan Ange Postecoglou dalam perlawanan yang berlangsung pada 8 Mac itu, para pemain Spurs seolah-olah mendapat suntikan semangat dalam babak separuh masa kedua dengan menjaringkan dua gol.