Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

New Zealand buka tirai Piala Dunia Wanita dengan kemenangan

Jul 20, 2023 | 5:29 PM
MEMBUKA TIRAI JARINGAN: Penyerang New Zealand, Hannah Wilkinson (berbaju hitam), meraikan gol beliau dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita 2023 menentang Norway pada Khamis di Stadium Eden Park.
MEMBUKA TIRAI JARINGAN: Penyerang New Zealand, Hannah Wilkinson (berbaju hitam), meraikan gol beliau dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita 2023 menentang Norway pada Khamis di Stadium Eden Park. - Foto AFP

AUCKLAND: Tuan rumah bersama, New Zealand, membuka tirai kempen Piala Dunia Wanita 2023 dengan kemenangan selepas menundukkan Norway 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A pada Khamis.

Ini merupakan kali pertama New Zealand, yang juga dikenali sebagai The Football Ferns, meraih kemenangan di Piala Dunia.

Seramai 42,137 peminat ‘turun padang’ untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia itu yang diadakan di Stadium Eden Park di Auckland.

Ini adalah rekod baru untuk jumlah penonton di stadium yang menyaksikan perlawanan bola sepak di New Zealand. Sebelum ini, jumlah penonton tertinggi yang dirakam ialah 37,034, bagi perlawanan ‘play–off’ bagi Piala Dunia Lelaki.

Gandingan barisan depan New Zealand bergabung untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-48, dengan penyerang Hannah Wilkinson menyambar hantaran Jacqui Hand daripada sayap kanan.

Penyerang berusia 31 tahun yang bermain untuk kelab Melbourne City itu merupakan pemain terkahir yang menjaringkan gol untuk New Zealand dalam pertandingan Piala Dunia pada 2015.

Pemain tengah Norway, Frida Maanum, mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-58 tetapi percubaannya tidak menemui sasaran.

The Football Ferns hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-61 tetapi penjaga gawang Norway, Aurora Mikalsen, berjaya menyelamatkan percubaan pemain sayap Indiah-Paige Riley.

New Zealand diberikan penalti pada minit ke-88 selepas penolong pengadil menggunakan video (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain Norway dan pengadil memberikan penalti. Namun, pemain tengah Ria Percival gagal menggandakan kedudukan dari petak penalti selepas percubaannya terkena tiang dari sudut penalti. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg