Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pesta bola sepak wanita bermula

Diharap menjadi Piala Dunia Wanita Fifa yang menarik jumlah penonton tertinggi
Jul 20, 2023 | 04:34 PM



Penantian kini telah berakhir. Piala Dunia Wanita Fifa yang terbesar dan menampilkan juara Eropah, England dan peserta kali pertama Ireland, telah bermula.

Edisi kali ini, yang ke sembilan, dianjurkan bersama oleh Australia dan New Zealand dan buat pertama kali akan menampilkan 32 negara, termasuk juara bertahan Amerika Syarikat.

Piala Dunia ini dianjurkan oleh dua negara, buat julung-julung kali. 

Pada Khamis, penganjur bersama, New Zealand, membuka tirai pertandingan dengan bertemu Norway di Eden Park. Australia, yang turut menganjurkan pertandingan ini bertemu Ireland di Stadium Australia.

Penganjur berkata mereka berharap menarik 100,000 penonton bagi kededua perlawanan itu.

Piala Dunia Wanita ini juga dijangka menjadi pertandingan antarabangsa wanita yang disaksikan paling banyak penonton. Lebih 13 juta tiket telah dibeli bagi semua 64 perlawanan yang diadakan di sembila kota.

Di televisyen pula, penganjur mengharap Piala Dunia Wanita ini boleh menarik dua bilion penonton, seganda lebih tinggi berbanding jumlah orang yang menyaksikan Piala Dunia 2019 di Perancis. 

“Masa depan kita adalah wanita. Terima kasih kepada penyokong kerana menyokong Piala Dunia Wanita Fifa terhebat dalam sejarah,” kata presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.

Selain Irelan, tujuh lagi negara akan tampil buat kali pertama. Mereka adalah Vietnam, Zambia, Haiti, Maghribi, Panama, Filipina dan Portugal. 

Amerika, yang memburu gelaran dunia kelima, adalah pasukan nombor satu di dunia. Sebaliknya, Zamibia adalah pasukan dengan ranking paling rendah, iaitu ke-77. 







Final acara ini dijadual diadakan di Stadium Australia pada 20 Ogos.

Piala Dunia Wanita ini telah disifatkan sebagai acara sukan wanita terbesar dalam sejarah. Satu perkara adalah pasti – kejohanan ini akan menjadi wadah penting untuk menunjukkan dan membangunkan bola sepak wanita di serata dunia.

Buat kali pertama, Fifa akan membayar pemain secara langsung di Piala Dunia Wanita ini. Jumlah bayaran ini bertambah di peringkat lanjut pertandingan. Sebagai contoh, setiap pemain boleh menjangka bayaran sekitar £24,000 ($30,000) di peringkat kumpulan dan menjangka bayaran lebih £200,000 jika menjadi juara.

Jumlah hadiah ini menjolok mata kerana pendapatan purata pemain bola sepak wanita di dunia ialah sekitar £11,000 sebulan, menurut laporan Fifa pada 2022. 

Hadiah wang keseluruhan juga telah bertambah dari £23 juta pada in 2019 kepada £84 juta bagi kejuaraan kali ini.

Dalam pada itu, buat julung-julung kali, pengadil juga akan mengumumkan sebab yang dipertimbangkan penolong pengadil menggunakan video (VAR) sebelum membuat keputusan. Sebab ini akan diumumkan kepada penonton di stadium dan televisyen menerusi mikrofon dan alat pembesar suara. 

Sebagaimana yang dilakukan di Piala Dunia Qatar pada 2022, pengadil juga digalak mengurangkan perbuatan membuag masa. Ini bermakna pengadil akan memberikan masa tambahan panjang yang juga mengambil kira perayaan gol yang berlanjutan.

Kapten setiap pasukan dibenarkan menyarungkan gegelang lengan yang menyampaikan mesej dasar inklusif, kesaksamaan jantina dan keamanan. Ini menyusuli langkah Fifa melarang gegelang pelangi digunakan di Piala Dunia Qatar pada 2022. 

Ada lapan gegelang lengan disediakan kali ini, tetapi tiada yang menyokong lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer + (LGBTQ+) secara ketara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >