Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Newcastle kalahkan United, West Ham atasi Arsenal di Piala Carabao

Nov 2, 2023 | 12:40 PM
BALAS DENDAM: Penyerang Newcastle, Joe Willock, meraikan golnya menentang Manchester United. Newcastle menewaskan United 3-0 dalam perlawanan Piala Carabao itu, sekali gus membalas dendam kekalahan mereka terhadap United pada peringkat akhir Piala Carabao musim lalu.
BALAS DENDAM: Penyerang Newcastle, Joe Willock, meraikan golnya menentang Manchester United. Newcastle menewaskan United 3-0 dalam perlawanan Piala Carabao itu, sekali gus membalas dendam kekalahan mereka terhadap United pada peringkat akhir Piala Carabao musim lalu. - Foto REUTERS

LONDON: Naib juara musim lalu, Newcastle United, akan menentang Chelsea dalam peringkat suku akhir Piala Carabao, manakala Liverpool akan menentang West Ham.

Newcastle telah menyingkirkan Manchester City dan Manchester United dalam Piala Carabao dan akan ke Stamford Bridge untuk ke pusingan seterusnya.

Everton akan melawan Fulham dan pasukan Liga Satu, Port Vale, akan bermain di tempat sendiri menentang Middlesbrough dari Liga Kedua England Championship.

Newcastle menewaskan pemenang musim lalu Manchester United 3-0 dalam perlawanan ulangan peringkat akhir 2022-23, sementara West Ham juga menjaringkan tiga gol dalam kemenangan 3-1 mereka menentang pasukan Arsenal yang berada di kedudukan kedua dalam Liga Perdana.

Liverpool menang 2-1 atas Bournemouth; Everton mengatasi Burnley 3-1; Chelsea mengalahkan Blackburn Rovers 2-0 dan Fulham juga menang 3-1 atas Ipswich Town.

Hanya tiga daripada lapan pasukan yang tinggal – Chelsea, Liverpool dan Middlesbrough – pernah memenangi trofi ini, dengan Everton, Newcastle dan West Ham masing-masing tewas pada perlawanan peringkat akhir lalu mereka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg