Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Newcastle kutuk hasutan berbaur perkauman

Nov 6, 2023 | 8:16 PM
TERIMA HASUTAN: Pemain midfield Newcastle United, Bruno Guimaraes, mendapat mesej hasutan berbaur perkauman selepas kemenangan 1-0 pasukan itu ke atas Arsenal pada Ahad.
TERIMA HASUTAN: Pemain midfield Newcastle United, Bruno Guimaraes, mendapat mesej hasutan berbaur perkauman selepas kemenangan 1-0 pasukan itu ke atas Arsenal pada Ahad. - Foto AFP

LONDON: Newcastle United berkata mereka “mengutuk sekeras-kerasnya penderaan berbaur perkauman” yang dihantar kepada pemain midfield, Bruno Guimaraes dan Joe Willock.

Ini menyusuli kemenangan 1-0 pasukan itu ke atas Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Ahad di St James’ Park.

Kedua-dua pemain menerima mesej berbaur hasutan perkauman menerusi wadah media sosial masing-masing.

Dalam satu kenyataan, Newcastle United berkata: “Mesej kami jelas. Tiada ruang untuk penderaan berbaur perkauman dalam bola sepak atau masyarakat.

“Kami menyediakan sokongan kepada Guimaraes dan Willock dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan serta wadah media sosial untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan.”

Willock, pemain asal England, menyertai Newcastle dari Arsenal pada 2021 selepas dipinjamkan.

Dalam perlawanan tersebut, beliau memberi hantaran lintang dan disempurnakan Anthony Gordon pada ke-64.

Ini sekali gus menjadikan kekalahan pertama Arsenal dalam musim EPL kali ini.

Arsenal berkata ia mengambil “pendekatan toleransi sifar” terhadap semua bentuk diskriminasi dan “akan mengenakan tindakan sekeras mungkin kepada sesiapa sahaja yang kami dapat kenal pasti menghantar mesej kebencian”.

EPL berkata ia “mengutuk sebarang bentuk penyalahgunaan diskriminasi dan secara aktif bekerjasama dengan semua pemain, kelab, platform dan pihak berkuasa untuk membantu membawa pesalah berbaur kebencian ke muka pengadilan”.

Badan amal antidiskriminasi Kick it Out berkata ia ingin melihat Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian baru kerajaan Britain bantu mencegah penyalahgunaan sedemikian.

“Syarikat media sosial tidak boleh terus membenarkan perkara ini berlaku tanpa (sebarang) akibat, tetapi pihak sedemikan boleh tawarkan perlindungan yang lebih baik pada masa ini,” jelas badan itu dalam satu kenyataan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg