Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Newcastle menang ‘besar’ 1-0

Mar 11, 2025 | 4:47 PM
Bruno Guimaraes (kanan) menjaringkan gol tunggal yang meletakkan Newcastle di tempat keenam dalam Liga Perdana England.
Bruno Guimaraes (kanan) menjaringkan gol tunggal yang meletakkan Newcastle di tempat keenam dalam Liga Perdana England. - Foto AFP

LONDON: Pemain Newcastle United, Bruno Guimaraes menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 menentang West Ham United pada 10 Mac.

Ia meletakkan pasukannya ke tempat keenam dalam Liga Perdana England (EPL).

Pemain Brazil itu menjaringkan gol dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada Harvey Barnes pada minit ke-63.

Kemenangan itu membawa mereka peluang kembali merebut tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

“Ia satu kemenangan besar. Kami mahu berjuang untuk ke Liga Juara-Juara lagi,” kata Guimaraes kepada Sky Sports.

Newcastle mengumpul 47 mata daripada 28 perlawanan, dalam kedudukan yang sama dengan Manchester City dan dua mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

West Ham pula sedang mencari kemenangan liga ketiga berturut-turut tetapi kecewa dengan hanya berjaya melakukan beberapa percubaan tepat sasaran. Pasukan itu kekal di tempat ke-16 dengan 33 mata.

Barnes adalah ancaman utama Newcastle pada separuh masa pertama, tetapi terlepas beberapa peluang baik.

Beliau terlibat dalam gol kemenangan Newcastle apabila hantarannya yang cermat menemui Guimaraes dan menjaringkan bola ke dalam gawang.

Selepas mendahului, Newcastle kurang mengatur serangan lain dan bertahan sedang West Ham berusaha keras tetapi tidak menimbulkan ancaman. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg