Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Newcastle raih kemenangan ketiga selepas tewaskan Athletic Bilbao

Nov 6, 2025 | 2:17 PM
Penyerang Newcastle United dari Jerman, Nick Woltemade (kanan), dan rakan pemain pertahanan  Sven Botman (tengah) mempertahankan sepakan sudut semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara antara Newcastle United dengan  Athletic Bilbao di St James’ Park.
Penyerang Newcastle United dari Jerman, Nick Woltemade (kanan), dan rakan pemain pertahanan Sven Botman (tengah) mempertahankan sepakan sudut semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara antara Newcastle United dengan Athletic Bilbao di St James’ Park. - Foto AFP

NEWCASTLE: Newcastle United meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara dengan pemain Dan Burn dan Joelinton masing-masing menjaringkan gol yang menyaksikan Athletic Bilbao tunduk dengan kekalahan 2-0 pada 5 November.

Pemain pertahanan, Burn, menjaringkan gol menerusi tandukan yang mengagumkan selepas 11 minit dengan Joelinton pula menggandakan kedudukan kelab Liga Perdana England (EPL) itu sejurus selepas permainan dimulakan semula dengan satu lagi tandukan.

Ini sekali gus membawa Newcastle mara ke tempat lapan teratas dalam carta dengan sembilan mata.

Walaupun terdapat banyak kecederaan yang menyebabkan mereka kehilangan lapan pemain pasukan utama termasuk pemain antarabangsa Sepanyol, Nico Williams, Athletic telah menimbulkan banyak masalah kepada pasukan pimpinan Eddie Howe.

Sepakan paling hampir menjaringkan gol dilakukan oleh pasukan pelawat ialah rembatan yang terkena tiang gol oleh Adama Boiro sejurus selepas gol pembukaan oleh Burn, manakala Unai Gomez juga hampir menjaringkan gol penyamaan.

Athletic hanya mempunyai tiga mata daripada empat perlawanan pembukaan mereka dan perlu meningkatkan prestasi jika mereka tidak mahu terlepas peluang untuk mara ke peringkat kalah mati kelak.

Newcastle memulakan kempen mereka dengan kekalahan menentang Barcelona tetapi sejak itu telah menewaskan Union Saint-Gilloise, Benfica dan kini Athletic Bilbao dengan agregat 9-0.

Ini merupakan kali pertama mereka memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam pertandingan itu sejak 2002 hingga 2003.

“Tentu saja saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Ia merupakan tindak balas yang penting terhadap (kekalahan) kepada West Ham.

“Kami kembali pulih dengan cepat untuk perlawanan ini. Saya tidak fikir ia adalah prestasi terbaik kami tetapi kami berada dalam kedudukan yang baik sekarang dalam pertandingan ini,” kata Howe.

Newcastle akan berdepan Olympique de Marseille di padang lawan dalam perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya selepas rehat antarabangsa, manakala Athletic akan menentang Slavia Prague.

Dalam satu laporan pada 29 Oktober, Howe telah menepis komen pengurus Liverpool, Arne Slot, tentang Newcastle United sebagai “kelab yang lebih kecil”, dan beliau berbuat demikian kerana enggan terlibat dalam perang mulut mengenai saga perpindahan Alexander Isak.

Kenyataan Slot itu dibuat selepas penyerang Sweden itu, yang melengkapkan perpindahan rekod bernilai 125 juta £ ($213.19 juta) ke Anfield selepas pergelutan perpindahan sepanjang musim panas, mengalami kecederaan pangkal paha. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg