Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Newcastle yakin dan berbahaya, sedia temu Arsenal

Berbekal kemenangan memberangsangkan ke atas kelab-kelab ‘gergasi’ musim ini, Newcastle sedia temu Arsenal untuk merapat jurang di bahagian atas liga
Nov 04, 2023 | 05:30 AM



Newcastle bak langkah kanan dalam apa sahaja yang dilakukannya pada musim ini.

Awal minggu ini, ia membelasah juara bertahan, Manchester United 3-0 untuk mara ke suku akhir Piala Liga, yang kini bergelar Piala Carabao.

Ini menyusuli kemenangannya ke atas Manchester City untuk menyingkir juara bertahan Liga Perdana England (EPL) daripada pertandingan yang sama.

Ia tewas dalam perlawanan Liga-Liga Juara Eropah yang terakhir – kekalahan 0-1 kepada Borussia Dortmund – tetapi dalam perlawanan sebelum itu, membelasah Paris Saint-Germain (PSG) 4-1.

Newcastle adalah pasukan yang sedang berada dalam keadaan hebat pada masa ini – ia tidak tewas dalam lima perlawanan EPL terakhir – dan dengan kemenangan ke atas United pada awal minggu, berpeluang baik untuk menundukkan Arsenal dalam perlawanan EPL tengah malam ini.


Kecuali City yang diiktiraf berada di kedudukan beberapa tingkat lebih baik daripada kelab-kelab lain di England, tidak banyak perbezaan antara kelab-kelab lain dalam EPL, terutama yang sedang memburu kelayakan Liga Juara-Juara bagi musim depan.


Justeru, kelebihan yang diraih daripada keyakinan diri yang bertambah tidak boleh dianggap remeh.

Dari sudut pandangan ini, anak didik Eddie Howe mempunyai kelebihan ke atas anak didik Mikel Arteta di Arsenal.

Arsenal disingkir dari Piala Liga pada awal minggu selepas tewas 3-1 kepada kelab jiran di London, West Ham.

Arteta telah membuat enam perubahan pada kesebelasan utama dalam pertandingan itu, dengan beberapa pemain bertaraf bintang seperti Declan Rice, Bukayo Saka dan kapten Martin Odegaard disimpan di bangku.


Hasilnya – pasukan Arsenal yang diturunkan untuk menentang West Ham kurang menyerlah dan tidak berdaya bersaing dengan West Ham yang menggasak bentengnya bertubi-tubi daripada wisel pertama.

Arteta sendiri mengaku beliau kecewa dengan keputusan itu dan mempersalahkan diri sendiri atas prestasi hambar pasukannya.


Arsenal telah menewaskan Sheffield United 5-0 dalam perlawanan EPL terakhir tetapi ia diikat seri 2-2 oleh Chelsea dalam perlawanan sebelum itu.

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara terakhir, anak didik Arteta tewas 1-2 kepada Sevilla.

Cara Newcastle mengatasi rantaian yang menjejas skuadnya juga boleh dikagumi.

Ia bukan sahaja terpaksa menentang United tanpa lima pemain kanan, malah Sandro Tonali kini tidak boleh beraksi kerana digantung daripada bermain selama 10 bulan kerana berjudi.

Namun dua minit selepas perlawanan bermula di Old Trafford, Maatt Targett mengalami kecederaan dan Newcastle terpaksa menggantikannya.

Akhirnya, Newcastle bukan sahaja berjaya menewaskan United, malah menjaringkan tiga gol menerusi Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock untuk membisukan ribuan penyokong lawan.

Tidak hairan, Eddie Howe memuji pemainnya selepas wisel penamat ditiup pengadil di Old Trafford dan memandang ke hadapan bagi perlawanan-perlawanan seterusnya.


“Pemain kami menunjukkan prestasi hebat… tiada pemain yang mengecewakan,” kata Howe.

“Kemenangan ini begitu bermakna bagi kami dan kami berharap dapat meraih kemenangan lain pada musim ini.

Menjawab pertanyaan mengenai perlawanan dengan Arsenal, beliau berkata:

“Kami berazam bermain dengan baik dalam setiap perlawanan. Kami memulakan setiap perlawanan dengan jangkaan dan keyakinan untuk menang. Kami akan menjiwai pendekatan sama apabila bertemu Arsenal nanti.” 

Sejarah namun tidak menyebelahi Newcastle menjelang perlawanan ini.

Ia hanya menang empat daripada 36 perlawanan dan hanya meraih satu mata daripada dua perlawanan dalam liga musim lalu.

Kali ini, Newcastle boleh mengubah sejarah itu dan membuka lembaran baru dalam sejarahnya.

Ramalan wartawan: Newcastle 2 – 1 Arsenal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >