Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Neymar cedera lagi, perlu pembedahan lutut

Oct 19, 2023 | 05:39 PM



SAO PAULO: Bintang bola sepak, Neymar Junior, mengalami kecederaan ligamen dan meniskus di lutut kiri dan perlu menjalani pembedahan.


Neymar cedera semasa perlawanan dengan Brazil ditewas 2-0 oleh Uruguay, kata Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF).

Pemain berusia 31 tahun itu, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal dari Paris Saint-Germain pada Ogos, dibawa keluar menggunakan pengusung sambil menangis sebelum masa rehat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Brazil di Montevideo pada Selasa.

Neymar akan menjalani pembedahan untuk kecederaan tersebut pada “tarikh yang belum ditentukan,” kata CBF, selepas beberapa siri pemeriksaan perubatan ke atas pemain itu.

“Brazil dan bola sepak sedunia memerlukan Neymar untuk sihat dan pulih, kerana bola sepak lebih gembira apabila beliau berada di dalam padang,” kata presiden CBF, Ednaldo Rodrigues, dalam satu kenyataan.

CBF berkata jabatan perubatannya dan Al Hilal sedang bekerjasama untuk membantu penyerang itu pulih.

Neymar, yang memintas Pele sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa Brazil pada September, cedera di lututnya apabila bertembung dengan pemain tengah Uruguay, Nicolas de la Cruz, pada masa kecederaan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Beliau diusung keluar padang dan kemudian beliau meninggalkan stadium dengan topang ketiak dan memakai pendakap kaki selepas perlawanan.

Ini merupakan kecederaan terbaru dalam rentetan kecederaan bintang itu, yang jalani pembedahan pada bulan Mac kerana masalah buku lali dan tidak dapat bermain selama enam bulan.

Neymar dibayangi masalah kecergasan selama enam musim di PSG, yang mendapatkan khidmatnya dengan bayaran rekod AS$234 juta ($319 juta) pada 2017.

Beliau menandatangani kontrak dengan Al Hilal bernilai AS$95 juta pada Ogos. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >