Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Neymar dan Brazil bertemu Jepun di Singapura Oktober ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Neymar dan Brazil bertemu Jepun di Singapura Oktober ini

Aug 08, 2014 | 10:57 AM

PERHATIAN peminat bola sepak setempat!

Kosongkan jadual anda pada 14 Oktober kerana Neymar dan Brazil serta Keisuke Honda dan Jepun akan bertempur di Stadium Negara pada tarikh itu.

Menurut penganjur perlawanan ini World Sport Group, bintang Piala Dunia seperti Neymar, Willian, Daviz Luiz dan Shinji Kagawa dijangka beraksi dalam pertemuan antara pasukan paling berjaya di Piala Dunida dengan juara Asia itu.

Kededua Brazil dan Jepun telah menerima nafas baru selepas kempen Piala Dunia yang menghampakan Jun lalu.

Brazil, yang dibelasah 7-1 oleh Jerman di peringkat separuh kini dipimpin oleh bekas kapten, Dunga dan ghairah membuktikan kekalahan itu bukan cermin keupayaannya yang sebenar.

Sementara itu, Jepun yang kini dipimpin warga Mexico Javier Aguirre berharap menggunakan perlawanan itu sebagai persiapan menjelang pertandingan Piala Asia di Australia tahun depan.

Butiran lanjut, termasuk harga tiket akan diumumkan di tarikh mendatang.

NORMAN SAWI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3