Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Pengurus Al-Ettifaq Steven Gerrard sasar kembali ke England

Aug 15, 2023 | 07:48 PM



DAMMAM: Pengembaraan Liga Pro Saudi Steven Gerrard sebagai pengurus Al-Ettifaq bermula dengan kemenangan pada Isnin di Damam yang panas terik, tetapi beliau masih mengharapkan peluang mengisi ‘kerusi panas’ di England.


Bercakap kepada wartawan menyusuli kemenangan 2-1 ke atas Al-Nassr, pengurus berusia 43 tahun, itu berkata:

“Saya mempunyai cita-cita untuk kembali (ke England) pada masa akan datang.

“Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi pengurus sebaik mungkin dan terlibat dalam cabaran terbesar di luar sana... dengan melakukan yang terbaik di sini. Saya pasti ia akan memberi saya peluang yang lebih baik.”

Gerrard membimbing Rangers merangkul gelaran Liga Perdana Scotland pertama mereka dalam tempoh sedekad pada 2021 sebelum menyertai Aston Villa, di mana beliau dipecat pada Oktober lalu selepas hanya 11 bulan dilantik menguruskan pasukan.

Dikenali oleh kegigihannya dalam midfield semasa tempoh bermainnya, bekas kapten Liverpool dan England itu tidak menunjukkan beliau telah kehilangan sebarang kehebatan itu pada Isnin. 

Beliau dilihat rancak memberi arahan kepada pasukannya dari tepi padang untuk kebanyakan tempoh perlawanan, walaupun suhu musim panas mencecah 36 darjah Celsius.

Pada waktu rehat, warga England itu terlibat dalam perbalahan dengan bos Al-Nassr, Luis Castro.

Tetapi, di sebalik minatnya dan jangkauan bola sepak Arab Saudi yang semakin meningkat dengan nama-nama besar berpindah ke kerajaan itu, ia masih jauh daripada Liga Perdana England (EPL).

Peminat Liverpool di seluruh dunia masih mengimpikan detik apabila mereka melihat wira Anfield mereka, yang memenangi dua Piala FA, tiga Piala Liga, trofi Liga Juara-Juara dan Piala UEFA bersama kelab itu, memimpin mereka.

Malah, pengurus Reds Jurgen Klopp sebelum ini pernah berkata bahawa Gerrard “pasti” akan menjadi pengurus Liverpool suatu hari nanti.

Namun, sementara ia kelihatan seperti impian yang belum dapat dicapai buat masa ini, beliau berazam untuk mencapai kejayaan di Arab Saudi.

Menyedari bahawa beliau telah melepaskan dua peluang untuk kekal di England, Gerrard berkata:

“Ini adalah tawaran terbaik yang ada kerana kami mempunyai dua tawaran yang berpotensi, yang telah diambil daripada saya dan bukannya saya membuat keputusan itu.

“Saya telah ditawarkan dua jawatan Liga Championship. Saya tidak takut untuk mengatakan itu, saya tidak pernah mendapat tugas itu, dan saya tidak mahu berehat lebih lama daripada permainan dan ini adalah tawaran terbaik yang ada pada masa itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >