Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Skuad tinju negara dijangka raih tiga pingat TINJU

May 10, 2023 | 05:30 AM



SKUAD tinju Singapura dijangka meraih sekurang-kurangnya tiga pingat dalam Sukan SEA Kemboja melalui srikandi tinju negara Nur Sabrina Mohd Faizal bagi kategori wanita 63 kilogram, srikanda tinju Velvan Tan bagi kategori lelaki 67 kilogram dan Muhammad Danish Husli bagi kategori lelaki 80 kilogram.



Ini merupakan julung-julung kalinya Nur Sabrina, 25 tahun, dan Danish, 26 tahun, mewakili negara dalam Sukan SEA.



Sekiranya Sabrina memenangi perlawanannya menentang Riza Legaspi Pasuit dari Filipina pada Selasa, beliau bakal melangkah ke pusingan akhir.



Begitu juga bagi Velvan, yang mana sekiranya beliau menang perlawanan pada 10 Mei menentang Norlan Alcayde Petecio dari Filipina, beliau bakal masuk ke pusingan akhir untuk memburu pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA.



Danish pula akan berlawan dalam pusingan separuh akhir pada 10 Mei.



Kali terakhir skuad tinju wanita menang pingat dalam Sukan SEA adalah pada edisi 2015 yang diadakan di gelanggang sendiri.



Pada edisi itu, mereka meraih dua pingat gangsa yang dimenangi Leona Hui bagi kategori 'light flyweight' (48 kilogram) dan Fen Ni Ang bagi kategori 'Flyweight' (51 kilogram).



Dalam perlawanan pada 6 Mei, petinju negara bagi kategori lelaki 67 kilogram, Velvan Tan, berjaya menewaskan seteru dari Kemboja, Penh Vanthung, dengan kiraan mata 3-2.



Petinju veteran Sukan SEA Mohamed Hanurdeen Hamid pula tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas tewas 0-5 di tangan Aldoms Suguro dari Indonesia dalam suku akhir kategori 54 kilogram.



Ini merupakan Sukan SEA terakhirnya dan akan melabuh tirai sukan tinju bagi memberi tumpuan kepada langkah pasca olahraga.



Beliau pernah meraih pingat gangsa pada edisi temasya sukan 2019 dan perak pada 2015.



Petinju negara lain yang membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA kali ini iaitu Rafhana Rosli dan Muhammad Khidhir Saniff masing-masing tewas dalam kategori yang ditanding.



Dalam pada itu, kontinjen Singapura meneruskan persaingan untuk menambah jumlah pingat.



Setakat 7 petang waktu Singapura, kontinjen negara berjaya merangkul 43 pingat - 16 emas, 12 perak dan 15 gangsa.



Sukan renang mengekalkan rentak kemenangan pada Isnin dengan pasukan negara dalam acara lelaki medley relay 4 x 100 meter berjaya memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod negara dengan catatan masa 3 minit 37.45 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >