Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Noah Lim rebut emas pertama S'pura di Kemboja

May 07, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: DI SEBALIK kecederaan yang dialami pada jari kelingking kirinya, jaguh jiu-jitsu kebangsaan, Noah Lim berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA dalam acara Ne-waza Gi 69 kilogram pada Sabtu di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



Beliau menewaskan seteru dari Laos, Slayman Jedidiah Phomsavat, menerusi submission dalam peringkat akhir, sekali gus menggondol pingat emas pertama Singapura dalam Sukan SEA Kemboja.



Kemenangan itu bermakna beliau merupakan satu-satunya atlet jiu-jitsu negara yang memenangi pingat emas dalam tiga Sukan SEA berturut-turut.



Ini penampilannya yang ketiga dalam Sukan SEA - beliau pertama kali mewakili negara pada edisi ke-30 temasya sukan tersebut di Filipina pada usia 17 tahun.



Dengan keriangan jelas terpancar diwajahnya selepas perlawanan, jaguh jiu-jitsu berusia 20 tahun itu berkata:



"Tangan kiri saya sebenarnya adalah tangan utama saya... jadi saya perlu melakar strategi berbeza apabila berhadapan dengan pihak lawan.



"Mujur saya masih dapat memberikan yang terbaik dan memenangi emas sekali lagi meskipun dengan kecederaan yang masih sedang pulih."



Rakan senegara yang bertanding dalam kategori lelaki Ne-waza Gi 62 kilogram, Amirul Syafiq Shah Eran, turut membawa pulang pingat gangsa.



Ini pingat beliau dan penampilan pertama dalam Sukan SEA setelah penantian enam tahun untuk mewakili negara.



Menurutnya, ia merupakan pingat gangsa paling sukar baginya kerana beliau disahkan positif Covid-19 pada hari pertama beliau tiba di Kemboja.



Beliau baru saja pulih sehari sebelum perlawanan, lantas masih agak sukar bernafas.



Beliau berkata: "Saya rasa kapasiti pernafasan saya adalah 50 peratus (daripada biasa) jadi kemenangan pingat gangsa ini adalah antara pingat paling sukar."



Namun, pencapaian tersebut terasa lebih manis buat Amirul kerana beliau baru saja menimang putera sulung berusia sebulan.



"Saya perlu mengimbangi antara latihan dan menjaga bayi jadi ada kalanya saya tidak dapat lena yang cukup.



"Saya rasa isteri saya akan teruja kerana saya pulang nanti dengan sebutir pingat," jelas beliau.



Dalam pada itu, hari pertama Sukan SEA di Kemboja menyaksikan atlet Singapura membuka tirai temasya dengan menggondol empat pingat - satu emas dan tiga gangsa - setakat 6 petang (waktu Singapura).



Pingat pertama diraih pada pagi Sabtu oleh Bryce Chong dalam acara Akuatlon Individu setelah memenangi pingat gangsa catatan masa 15 minit 40.5 saat.



Pasukan Hoki Dalam Dewan berkongsi pingat gangsa meskipun tewas dengan Thailand 1-4.



Atlet basikal bukit (MTB) negara Riyadh Hakim Lukman pula menamatkan perlumbaan Rentas Negeri Olimpik di tangga ke-11 di kalangan 20 peserta, peningkatan berbanding tempat ke-14 pada edisi Sukan SEA sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >