Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Norris letak McLaren di petak pertama GP S’pura

Sep 21, 2024 | 10:37 PM
Di Litar Jalanan Marina Bay pada 21 September, pemandu McLaren, Lando Norris muncul sebagai pemandu terpantas dalam kelayakan dengan catatan masa 1 minit dan 29.525 saat, atau 1:29.525. 
Di Litar Jalanan Marina Bay pada 21 September, pemandu McLaren, Lando Norris muncul sebagai pemandu terpantas dalam kelayakan dengan catatan masa 1 minit dan 29.525 saat, atau 1:29.525.  - Foto ST

Pasukan McLaren meneruskan rentak mantapnya di Singapura sedang Lando Norris bakal bermula dari petak pertama perlumbaan Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) 2024 pada 22 September.

Di Litar Jalanan Marina Bay pada 21 September, Norris muncul sebagai pemandu terpantas dalam kelayakan dengan catatan masa 1 minit dan 29.525 saat, atau 1:29.525.

Warga Britain itu dapat menjangkakan saingan hebat daripada musuh terdekatnya, Max Verstappen dari pasukan Red Bull, yang meraih petak kedua.

Verstappen kini mendahului tangga kejohanan pemandu dengan 59 mata di hadapan Norris (254 mata).

Sembilan daripada 14 perlumbaan di sini telah dimenangi oleh pemandu yang bermula dari petak pertama.

Pemenang empat kali GP Singapura, iaitu yang paling banyak, Lewis Hamilton dari Mercedes mengakhiri kelayakan di tempat ketiga.

McLaren tiba di Singapura dengan prestasi cemerlang selepas kemenangan Oscar Piastri di Baku, Azerbaijan pada 15 September sekali gus juga membawa pasukan itu mendahului kedudukan pembina kereta dengan 476 mata mengatasi Red Bull, yang kurang 20 mata.

Sementara itu, bekas pemenang GP Singapura, Carlos Sainz dan Sergio Perez, mengalami kelayakan yang mengecewakan.

Sainz, juara bertahan, hanya mampu meletakkan Ferrari di petak ke-10 selepas hilang kawalan keretanya dan melanggar tembok semasa Q3.

Juara edisi 2022, Sergio Perez dari pasukan Red Bull pula gagal melepasi Q2 dan terpaksa berpuas hati bermula dari petak ke-13.

Kelayakan dibahagikan kepada tiga pusingan – Q1, Q2 dan Q3 – yang masing-masing berlangsung selama 18 minit, 15 minit dan 12 minit.

Lima pemandu paling perlahan disingkirkan selepas Q1, sebelum lima lagi tercicir daripada Q2 – sekali gus menetapkan kedudukan grid dari ke-20 hingga ke-11.

Baki 10 pemandu mara ke Q3 untuk menentukan 10 tempat teratas grid, dengan pemandu terpantas menduduki petak pertama untuk perlumbaan pada 22 September.

Keputusan kelayakan GP Singapura F1 2024

1) Lando Norris (McLaren)

2) Max Verstappen (Red Bull)

3) Lewis Hamilton (Mercedes)

4) George Russell (Mercedes)

5) Oscar Piastri (McLaren)

6) Nico Hulkenburg (Haas)

7) Fernando Alonso (Aston Martin)

8) Yuki Tsunoda (RB)

9) Charles Leclerc (Ferrari)

10) Carlos Sainz (Ferrari)

11) Alex Albon (Williams)

12) Franco Colapinto (Williams)

13) Sergio Perez (Red Bull)

14) Kevin Magnussen (Haas)

15) Esteban Ocon (Alpine)

16) Daniel Ricciardo (RB)

17) Lance Stroll (Aston Martin)

18) Pierre Gasly (Alpine)

19) Valtteri Bottas (Kick Sauber)

20) Zhou Guanyu (Kick Sauber)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg