SPH Logo mobile
Langgan|

Nurin raih gangsa, pingat pertama pasukan silat di Sukan SEA

Nurin raih gangsa, pingat pertama pasukan silat di Sukan SEA

Dec 14, 2025 | 1:43 PM

Nurin raih gangsa, pingat pertama pasukan silat di Sukan SEA

Pesilat Singapura, Nurin Insyirah Mohamed Aidil, tewas kepada pesilat Brunei Darussalam, 9.915 - 9.945, di peringkat separuh akhir acara seni tunggal puteri di Dewan Impact Forum, Bangkok pada 14 Disember.
Pesilat Singapura, Nurin Insyirah Mohamed Aidil, tewas kepada pesilat Brunei Darussalam, 9.915 - 9.945, di peringkat separuh akhir acara seni tunggal puteri di Dewan Impact Forum, Bangkok pada 14 Disember. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pesilat negara Nurin Insyirah Mohamed Aidil, terpaksa berpuas hati dengan sebutir pingat gangsa, setelah tewas kepada pesilat Brunei Darussalam, 9.915 - 9.945, di separuh akhir acara seni (tunggal puteri) pada 14 Disember.

Walupun kecewa tidak berjaya mara ke final, Nurin, 21 tahun memberitahu Berita Harian (BH) beliau tetap bangga dengan pencapaiannya dalam penampilan sulung di Sukan SEA.

“Melangkah ke peringkat separuh akhir Sukan SEA merupakan detik yang membanggakan buat saya. Saya telah melakukan yang terbaik dan pergi sejauh mana saya termampu kali ini.”

Sementara itu, pasukan regu lelaki negara menumpaskan Filipina 9.94-9.93 di peringkat separuh akhir dan mara ke final pada hari yang sama. Mereka akan berdepan regu Indonesia pada 14 Disember.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg