Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: IOC ingin jalan tengah bagi atlet Ukraine, Russia dan Belarus

Jul 14, 2023 | 11:12 AM



LAUSANNE: Membenarkan pemerintah untuk menentukan atlet mana yang boleh sertai pertandingan bermakna “berakhirnya sukan antarabangsa seperti yang diketahui”, menurut amaran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Pertubuhan itu berkata ia “telah menemui jalan tengah” bagi atlet dari Ukraine, Russia dan Belarus.

Namun pihak berkuasa Russia dan Belarus telah menentang rancangan itu.

“Ia bukan terpulang kepada pemerintah untuk menentukan atlet mana yang boleh sertai,” kata IOC.

Badan tersebut mengemas kini kedudukannya ke atas para atlet Russia dan Belarus dalam satu dokumen yang dikeluarkan pada Khamis.

IOC menghadapi tekanan untuk melarang para atlet Russia dan Belarus daripada bersaing, malah di bawah “bendera berkecuali”, menyusuli pencerobohan ke atas Ukraine.

Pada Mac, ia memberitahu persekutuan kesukanan bahawa mereka patut membenarkan para atlet daripada negara-negara itu untuk bersaing secara berkecuali.

Dengan Olimpik Paris 2024 dijadual bermula dalam tempoh setahun, IOC masih lagi menyesuaikan kedudukannya ke atas atlet Russia dan Belarus dan berkata yang ia belum buat satu keputusan muktamad mengenai penyertaan para atlet itu dalam sukan tahun depan.

Namun ia berkata bahawa Jawatankuasa Penganjuran Nasional Russia dan Belarus tidak akan terlibat dalam sukan tersebut.

Ia menekankan bahawa membenarkan penyertaan akan membuahkan hasil, dengan memberi contoh bahawa beberapa sukan di mana para atlet daripada negara yang sedang berperang telah bersaing tanpa masalah –meskipun sesetengah atlet menyoal perkara ini.

Ia juga menekankan tentang satu peraturan oleh Majlis Hak Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang menasihatkan agar larangan menyeluruh ke atas atlet Russia dan Belarus dianggap sebagai diskriminasi dan dengan jelas melanggar hak-hak kemanusiaan.

Wimbledon sendiri telah membenarkan atlet daripada kededua negara itu untuk bersaing sepanjang beberapa minggu lalu, meskipun Victoria Azarenka, yang memegang pasport Belarus, diejek keluar oleh para peminat selepas tewas kepada pemain tenis Ukraine, Elina Svitolina.

Menteri Sukan Ukraine, Encik Vadym Guttsait, telah menuduh IOC sebagai mengamalkan piawai berbeza dengan menyatakan bahawa atlet Russia dan Belarus boleh bersaing di Paris, sedangkan menteri pemerintah, Encik Oleh Nemchinov, pada April mengumumkan bahawa atlet Ukraine patut dibenarkan bersaing dalam acara kelayakan bagi Olimpik Paris 2024 sekiranya Russia turut serta.

IOC telah mengkritik Ukraine kerana menghalang tletnya sendiri peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadikan rakyat Ukraine bangga.

“Sekiranya sukan dipolitikkan, Sukan Olimpik sedunia tidak akan dicapai,” kata IOC.

Ia juga mengkritik negara-negara yang menyokong kedudukan Ukraine dan Russia.

United Kingdom adalah antara negara yang menyokong pengharaman ke atas atlet Russia. –Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >