LONDON: Lebih 100,000 liter air terpaksa dipam keluar dari stadium AFC Wimbledon selepas “keseluruhan stadium” dilanda banjir.
Demikian menurut pengarah urusan kelab tersebut, James Woodroof.
Padang di Stadium Cherry Red Records mengalami “kerosakan besar” selepas tebing Sungai Wandle yang berdekatan pecah akibat hujan lebat berterusan yang memenuhi sungai tersebut.
Banjir dan kerosakan itu menyebabkan perlawanan Piala Carabao pusingan ketiga AFC Wimbledon menentang Newcastle United ditangguhkan dan akan berlangsung di stadium Newcastle – St James’s Park – pada 1 Oktober.
Perlawanan liga di stadium sendiri AFC Wimbledon dijadualkan pada 12 Oktober, dan Woodroof menyatakan bahawa adalah “matlamat mereka untuk melangsungkan perlawanan itu”. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg