Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Southampton, Newcastle mara ke pusingan ketiga Piala Carabao

Aug 29, 2024 | 3:39 PM
Pengurus Southampton, Russell Martin, gembira dengan kemenangan 5-3 Southhampton atas Cardiff City kerana mereka dapat terus mara ke peringkat Piala Carabao. Namun, beliau mengakui terdapat beberapa perkara yang membuat dirinya tidak begitu senang semasa perlawanan tersebut.
Pengurus Southampton, Russell Martin, gembira dengan kemenangan 5-3 Southhampton atas Cardiff City kerana mereka dapat terus mara ke peringkat Piala Carabao. Namun, beliau mengakui terdapat beberapa perkara yang membuat dirinya tidak begitu senang semasa perlawanan tersebut. - Foto REUTERS

WALES: Southampton menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan untuk mara ke pusing keempat Piala Carabao selepas menewaskan Cardiff City 5-3 di Stadium Cardiff City.

Mateus Fernandes membuka tirai jaringan untuk Southampton sebelum Rubin Colwill menyamakan kedudukan dengan jaringannya untuk Cardiff.

Sam Amo-Ameyaw mendapatkan semula gol pendahuluan Southampton, tetapi jaringan sendiri Ronnie Edwards menjadikan kedudukan perlawanan sama rata sekali lagi.

Cameron Archer mendapatkan jaringan pertamanya sejak menyertai Southampton dari Aston Villa untuk meletakkan Southampton di depan sekali lagi.

Namun, hanya dua minit kemudian, Alex Robertson, menyamakan kedudukan perlawanan sekali lagi dengan jaringan yang cukup baik.

Perlawanan itu kelihatan seperti ia akan memasuki ke penentuan sepakan penalti tetapi serangan sengit, James Bree, berjaya melepasi penjaga gawang Cardiff, Alnwick, pada minit pertama masa kecederaan.

Archer pula menyempurnakan kemenangan Southampton dengan tenang melalui gol keduanya hanya tiga minit kemudian untuk membantu Southampton meraih kemenangan pertama.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan itu dan saya gembira dengan pemain muda saya. Namun terdapat juga banyak perkara yang membimbangkan saya,” kata pengurus Southampton, Russell Martin, selepas perlawanan tersebut.

“Ini merupakan pengajaran besar bagi pemain yang lebih muda. Mereka bermain sambil lewa pada separuh masa pertama tetapi mereka akan menjadi lebih baik akibat pengalaman ini dan mereka mempamerkan semangat mahu menang,” tambahnya.

Di City Ground pula, Sandro Tonali, kembali semula selepas penggantungan selama 10 bulan untuk membantu Newcastle menewaskan Nottingham Forest menerusi sepakan penalti dalam Piala Carabao.

Pemain tengah Italy itu diarah menjalani hukuman penggantungan lama akibat melanggar peraturan pertaruhan.

Beliau bermain selama 60 minit di City Ground sebelum digantikan.

Joe Willock menjaringkan gol pertama Newcastle hanya selepas 18 saat perlawanan bermula, dengan memanfaatkan peluang bola yang jatuh ke kakinya apabila penjaga gawang Nottingham Forest, Carlos Migel, menepis percubaan Alexander Isak.

Peluang untuk menjadikan keputusan 2-0 pada minit ketiga tiba apabila Isak menghantar bola kepada Tonali tetapi Miguel berjaya menyelamatkan percubaan Tonali.

Forest menyamakan kedudukan melalui sepakan indah, Jota Silva.

Ini merupakan gol pertama Jota untuk Nottingham Forest.

Perlawanan berakhir 1-1 dan perlu ke sepakan penalti untuk menentukan pemenangnya..

Joelinton saksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh Miguel, tetapi semua rakan sepasukannya berjaya menjaringkan gol untuk membolehkan Newcastle ke pusingan ketiga Piala Carabao, dan menentang kelab Liga Dua England, AFC Wimbledon.

Wimbledon pula berjaya ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Ipswich Town 4-2 melalui penentuan sepakan penalti apabila perlawanan mereka berakhir 2-2.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala Carabao lain, West Ham United berjaya menyingkirkan Bournemouth 1-0.

Brentford juga mengalahkan Colchester 1-0 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Leicester City pula menewaskan Tranmere 4-0 dan Crystal Palace juga menundukkan Norwich City 4-0.

Wolves pula berjaya mengalahkan Burnley 2-0 untuk ke pusingan ketiga. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg