Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pahit manis tendangan penalti Ronaldo

Jul 2, 2024 | 5:24 PM
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan), menunjukkan reaksi selepas gagal sempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Slovenia di Frankfurt.
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan), menunjukkan reaksi selepas gagal sempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan menentang Slovenia di Frankfurt. - Foto AFP

FRANKFURT: Kesedihan Cristiano Ronaldo bertukar menjadi kegembiraan apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti penentuan, dan sekali gus membantu Portugal mara ke suku akhir Euro 2024 pada 1 Julai.

Jaringan gol kemenangan dramatik pasukannya ke atas Slovenia dibuat pada pusingan 16 terakhir Euro 2024.

Kejayaan dramatik itu diraih setelah Portugal mengalahkan pasukan Slovenia 3-0 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi kalah mati di Arena Frankfurt.

Penyerang berusia 39 tahun itu berpeluang meletakkan Portugal di depan selepas dihadiahkan penalti pada separuh masa pertama masa tambahan selepas Diogo Jota dikasari.

Namun, sepakan penalti kapten Portugal itu berjaya diselamatkan penjaga gol Slovenia, Jan Oblak.

Ronaldo kelihatan terkejut melihat Oblak menyelamatkan sepakannya sambil memegang kepalanya kerana tidak percaya.

Beberapa detik kemudian, aksi separuh masa pertama tambahan ditamatkan dan Ronaldo dilihat menangis ketika dikelilingi rakan sepasukan.

Beliau kemudian ditenangkan oleh rakan sepasukan, sambil Ronaldo mengesat air mata sebelum kembali ke padang bagi memulakan aksi babak kedua masa tambahan.

Penyokong Portugal turut menyanyikan ‘Viva Ronaldo’ selepas reaksi pemain itu ditunjukkan di skrin besar di Arena Frankfurt.

Namun, Ronaldo menebus kegagalannya apabila berjaya menyempurnakan penalti penentuan pertama untuk meletakkan Portugal di landasan kemenangan.

Penjaga gol Portugal, Diogo Costa, menafikan tiga sepakan penalti Slovenia untuk membawa pasukan itu menempah pertemuan dengan Perancis dalam saingan suku akhir.

“Pada awalnya ia adalah kesedihan dan kemudian kegembiraan, itulah yang bola sepak berikan kepada anda,” kata Ronaldo.

“Slovenia menghabiskan keseluruhan permainan bertahan dan apabila ia berlaku, semuanya menjadi sukar,” katanya.

Pasukannya bakal bertemu Perancis, namun dunia sukan kini mempersoalkan sama ada kerjaya cemerlang Ronaldo di peringkat antarabangsa kini hampir berakhir.

Mungkin masih ada pengakhiran menggembirakan bagi salah seorang pemain terhebat dunia itu. Hanya masa yang akan menentukan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg