Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU PIALA FA

Palace, Wolves elak jadi mangsa kelab kerdil untuk mara ke suku akhir

Feb 19, 2019 | 05:30 AM



LONDON: Crystal Palace dan Wolverhampton Wanderers memastikan mereka mengelak daripada menjadi mangsa pasukan kerdil yang menewaskan kelab Liga Perdana England (EPL) di Piala FA setelah mereka menewaskan lawan masing-masing kelmarin untuk menempah tempat ke pusingan suku akhir.



Palace menang 2-0 ke atas Doncaster Rovers, kelab liga terendah yang masih bertanding, sementara Wolves mengalahkan Bristol City 1-0.



Perlawanan lain turut menyaksikan Swansea menewaskan Brentford yang beraksi dengan 10 pemain, 4-1.



Pemenang perlawanan tersebut menyertai Manchester City, Brighton dan Watford dalam kelompok lapan pasukan terakhir, dengan juara bertahan Piala FA, Chelsea bertemu Manchester United dini pagi tadi (selepas akhbar dicetak) dalam pertarungan yang dianggap sebagai ulangan perlawanan akhir musim lalu.



Gol separuh masa pertama Jeffrey Schlupp dan Max Meyer terbukti mencukupi bagi Palace untuk mendapatkan kemenangan di Yorkshire.



Jaringan Schlupp memberikan pasukan Eagles (gelaran Palace), yang dikendalikan bekas pengurus England, Roy Hodgson, di hadapan pada awal perlawanan sebelum Meyer menggandakan gol tersebut menerusi tandukan jarak dekat di saat akhir babak pertama.



Kelab liga kedua England, Doncaster, mengawal perlawanan dan mempunyai banyak peluang jaringan, namun perbezaan taraf antara kededua kelab itu jelas terbukti pada akhir perlawanan.



"Kami tahu jika kami berjaya melepasi pusingan ini, kami akan berada dalam kedudukan yang baik untuk ke Wembley," kata Schlupp kepada BBC.



"Ia adalah kejohanan istimewa dan kami berharap dengan keputusan dari cabutan pasukan nanti, kami mungkin akan mendapat pasukan yang lebih rendah agar mendapat peluang yang lebih baik untuk ke peringkat seterusnya."



Awal sebelum itu, gol Ivan Cavaleiro terbukti mencukupi bagi membantu Wolves mendapatkan kemenangan di Ashton Gate, sekali gus menamatkan penantian selama 16 tahun untuk membuat penampilan di suku akhir bagi pemenang Piala FA sebanyak empat kali itu.



Bristol City mempunyai peluang tetapi gol pemain tengah, Cavaleiro, pada minit ke-28, menjadi faktor yang menyebabkan mereka mengakhiri rekod 15 perlawanan tanpa kalah walaupun ia memerlukan beberapa tindakan cekap penjaga gawang Wolves, Juhn Ruddy, dalam memastikan kemenangan pasukannya.



"Sudah tentu gol itu penting dan saya sangat gembira dapat menjaringkan gol tetapi yang paling penting adalah pasukan ini berjaya melangkah ke pusingan seterusnya," Cavaleiro memberitahu BT Sport.



Pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo, menambah:



"Ia sukar untuk mempertahankan kawasan kita apabila mereka meletakkan ramai pemain di dalam kotak penalti dan kadangkala anda hanya mampu mengharapkan yang terbaik."



Apabila ditanya tentang cabutan pasukan yang akan mereka temui di pusingan seterusnya, jurulatih Portugal itu hanya berkata:



"Kami perlu memberi tumpuan satu perlawanan demi satu perlawanan. Saya lebih gemar bermain di padang sendiri." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >