Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA: BADMINTON

Pasukan badminton negara terima rangsangan $1.1j dari penaja

May 04, 2023 | 05:30 AM



PEMAIN badminton negara dijangka melalui musim yang sibuk menjelang persiapan sukan Olimpik di Paris pada 2024.



Mereka akan tampil dalam Sukan SEA (5-17 Mei), Piala Sudirman (14-21 Mei), kejuaraan Terbuka Badminton Singapura (6-11 Jun), Sukan Asia (23 September-8 Oktober) dan beberapa pertandingan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).



Justeru, pasukan badminton negara telah menerima rangsangan dalam usaha mencapai mata kedudukan penting dengan dua penaja utama menjanjikan $1.1 juta dalam sokongan kewangan.



Yayasan Keluarga Karim (KFF), penaja kejuaraan Terbuka Badminton Singapura, telah memberikan komitmen sebanyak $600,000 dalam tempoh tiga tahun bagi menyokong laluan prestasi sedia ada dalam latihan dan pertandingan bagi atlet negara.



Penaja penyampai bagi kejohanan iaitu JK Technology, sebuah pusat penyumberan penyelesaian teknologi maklumat, telah menjanjikan $500,000 untuk memulakan program ganjaran baru pasca kerjaya Persatuan Badminton Singapura (SBA).



Sokongan daripada kededua penaja akan menjadikan jumlah keseluruhan dana kepada $2.7 juta kerana sumbangan KFF layak mendapat Dana One Team Singapore (OTSF), yang menyediakan geran padanan bagi sumbangan yang membantu atlet negara.



Di samping itu, SBA akan menokok $1 juta sebagai tambahan kepada komitmen yang diberikan oleh JK Technology.



KFF ditubuhkan oleh keluarga ahli perniagaan Indonesia, Encik Bachtiar Karim dan isteri Cik Dewi Sukwanto.



Ia tertumpu kepada usaha kedermawanan. khususnya pembangunan sukan, seni dan budaya, kesihatan mental dan pendidikan.



Pengetua yayasan itu, Cik Cindy Karim, berkata: "Kami percaya keupayaan sukan untuk memartabatkan negara kita dan membuat pelaburan dalam pemain adalah langkah penting ke arah membina masa depan yang kukuh dan mapan untuk badminton di Singapura.



"Kami berharap kami dapat mengurangkan kebimbangan kewangan yang dialami oleh ramai ahli sukan di Singapura di kala mereka mengejar impian mereka dengan memberi sokongan yang diperlukan, berpeluang bersaing di peringkat tertinggi dan membawa kegemilangan kepada Singapura di pentas dunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >