Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FLOORBALL

Pasukan floorball S'pura diundi bersama Jerman, Australia

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



DALAM Kejohanan Floorball Dunia Wanita 2019, Singapura mencatat persembahan terbaik mereka ketika mengakhiri saingan di tempat ke-12 daripada 16 pasukan.



Pada edisi itu, mereka mengalahkan Australia 4-3 dalam pusingan kumpulan, sebelum hampir menewaskan Jerman 6-7 dalam peringkat 'play-off' untuk menjamin tempat suku akhir bersejarah negara.



Sejarah bakal berulang semula empat tahun kemudian di Kejohanan Floorball Dunia Wanita pada 2 hingga 10 Disember di OCBC Arena.



Singapura, yang menduduki ranking dunia ke-13, dalam satu majlis cabutan undi pusingan kumpulan Kejohanan Floorball Dunia Wanita 2023 di Parkroyal Beach Road pada Selasa, diundi dalam Kumpulan C bersama Jerman (pasukan nombor sembilan dunia) dan Australia (11).



Perancis, pasukan nombor 27 dunia yang bakal membuat penampilan sulung mereka dalam kejohanan dunia, menyempurnakan kumpulan itu.



Naib kapten pasukan floorball wanita Singapura, Mindy Lee, yang beraksi dalam perlawanan menentang Jerman pada 2019 melihat pertembungan kali ini sebagai peluang untuk menebus semula kekalahan.



"Kami terkejut bahawa kami dapat bersaing bersama mereka. Kami fikir kami boleh menang mereka. Jadi, apabila nama Jerman diumumkan, saya fikir ia benar-benar masanya untuk kami sekali lagi menunjukkan kebolehan kami," kata beliau.



Walaupun Lee yakin terhadap keupayaan pasukannya, pemain berusia 27 tahun itu maklum bahawa pasukan lain juga telah berubah skuad pemain dan taktik mereka.



"Bagi Australia dan Perancis, saya rasa kami ada peluang tinggi untuk mengatasi kedua-dua pasukan ini, tetapi kami perlu berusaha gigih untuk mencatat kemenangan," tambahnya.



Juara bertahan Sweden, yang telah memenangi kejohanan 10 kali, ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Slovakia, Poland dan Republic Czech, manakala naib johan 2021 Finland berada dalam Kumpulan A bersama Latvia, Norway dan Switzerland.



Kumpulan D pula dianggotai Estonia, Amerika Syarikat, Jepun dan Denmark.



Kejohanan Floorball Dunia Wanita kembali diadakan di kota Singa tahun ini, 18 tahun selepas Singapura menjadi tuan rumah pada 2005.



Ini merupakan kali kedua kejohanan dwitahunan itu dianjurkan di luar Eropah.



Setiausaha agung Persekutuan Floorball Antarabangsa John Liljelund berkata:



"Untuk mengadakan kejohanan di luar Eropah bukan hanya menunjukkan pembangunan floorball di Singapura, tetapi juga Asia Tenggara. 16 pasukan yang bertanding dalam kejohanan akan berada di sini untuk memburu pingat emas, dan untuk mencapai dan membawa sukan itu ke hadapan.



"Kami berharap untuk mengalu-alukan seramai peminat yang mungkin ke Singapura untuk mengalami kehangatan, bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam gelanggang."



Pasukan floorball wanita Singapura, bagaimanapun, akan terdahulu meletakkan fokus mereka pada Sukan SEA pada Mei di Kemboja untuk mempertahankan takhta mereka.



Menyusuli itu, mereka akan mengadakan kem latihan bersama pasukan nombor satu dunia Sweden, sebelum menyertai Sukan Dalaman dan Seni Mempertahankan Diri Asia pada November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >